Thursday, 21 June 2012



hari kedua di osaka, jepun:

kunci jam 4:30 pagi untuk sembahyang subuh tp sedar2 dah jam 5 baru terjaga. kat luar dah terang benderang. kena qada lah subuh tu. lepas sembahyang, masak nasi untuk buat bekal berjalan2 hari ini.
hotel ni ada sediakan induction cooker, micromave, kettle dan mesin basuh. senang nak masak dan basuh baju.

hari ni breakfast mkn nasi lauk ayam dalm tin, air teh o, sambal ikan bilis dan serunding. ada juga roti yang dibawa diisikan dgn serunding untuk dijadikan bekal di samping nasi tadi.

hari ni kami rancang nak ke osaka aquarium di kaiyukan. so kami bergerak jam 10 pagi ke Apa Hotel tak jauh dari hotel kami utk beli osaka one day unlimited pass yang berharga 2000 yen seorang. selain dr dpt tiket utk semua jenis subway kami juga dpt kupon2 diskaun masuk ke tempat2 tarikan di osaka. depan apa hotel ada station higobashi Y12. kami akan ke hommachi dulu (yodobashi line =biru). di sana nnti kami bertukar train ke osasako station guna chuo line (warna hijau).

ramai bdk sekolah beratur nk masuk ke aquarium
aquarium tu agak jauh dari station osasako. kami mungkin tersilap keluar exit subway tu sbb tu jauh jln kaki. aquarium ni ada lapan tingkat. harga tiket 2000 yen tapi ada diskaun 100 yen seorang. so utk 3 org kami bayar 5700 yen (RM210).lps berjalan2 dalam aquarium hampir 2 jam, kami ke kedai cenderahati. harga paling murah ialah 300 yen. lepas tu kami berehat di luar sambil makan dan kaji peta untuk next destination.

jam 2:30 ptg kami bertolak untuk ke tennoji zoo. kami kena bertolak dari osasako stesen ke sakaisuji hommachi then ke dubusenmae stesen. susahnya nak cari zoo tu . puas tny org akhirnya kami dpt jumpa seorg yg boleh faham apa yg kami tny.semuanya tunjukkan map saje. rupanya kena ikut deretan kedai yang byk jual shushi.

zoo ni besar sgt tapi tak byk binatang. jam 4 kami keluar sbb hari dah nak hujan. kami turun semula ke stesen dubusenmae . jam 5 dah sampai hotel. lps mandi dan mkn, kami keluar semula untuk cari kedai 100 yen. tany org kat kaunter hotel dia punyalah explain panjang lebar dlm bahasa jepun...mak tuan...mintak dia lukis map. cari punya cari tak jumpa.hampir sejam kami berjalan. akhirnya kami balik semula ke hotel. hampeh betul!....disebabkan ada byk baju nk dibasuh kami pun singgah di daily market utk beli serbuk basuh kain. satu hal lak timbul bila nk tny cara nk gunakan mesin basuh dr org hotel tu...
tny punya tny....akhirnya kena guna bahasa signal...push...pull?...push? pull?...akhirnya pull!!!!....
























































































salam, nak sambung semula:

keretapi JR ni mcm kapi kat msia gak jlnnya tp dia jln kat atas, bukan di subway. tempat duduk agak selesa. orang pun ramai lagi. tapi masa tu dah masa orang jepun balik keja.

jam 5:30 kami sampai ke Tennoji. naik lift ke Midosuri Line. tanya kat orang jepun sana mcm2 soalan. nasib baik ada yang faham sikit2.

di Tennoji, kami kena naik ikut subway, kami beli tiket sendiri sbb dah faham cara org jepun yang tolong kami di airport beli tiket. kami kena amek subway ke Dokukocho.dua stops dari tennoji.
turun kat sana kami tukar train kat sebelah saje  sbb nk ke higobashi station. ingatkan tempat lain station nya rupanya hanya turun dan tunggu kat landasan yang sama je tp akan amek line warna biru.

terkejut juga sbb kami hanya beli tiket setakat dukokucho je tp lepas tny railman yg jaga keretapi kat subway tu, dia suruh naik je dan bayar perbezaan tambang bila sampai kat higobashi. dari ke stesen higobashi kami kena ambil 4 stops dari dokukucho. di higobashi kami naik atas utk bayar beza tambang iaitu hanya byr 90 yen sahaja. kami tny exit nak ke higobashi dan diberitahu dgn segala susah payahnya sbb tak tahu ckp inggeris, supaya naik tangga 5A. tangga agak tinggi dan kena bwk bags yg berat....taulah mcm mana rupanya....

sampai kat atas, tak nmpk hotel. sepatutnya hotelnya hanya di sebelah stesen tu saje. rupanya kami sudah salah naik tangga. nasib baik ada seorang jepun yang baru balik dr kerja sanggup bantu kami bawak ke hotel tu. dia hantar sampai ke lobby hotel...baik sungguh...arigato....

sampai di hotel masalah komunikasi timbul sbb org jepun kat kaunter tu tak pandai sgt ckp inggeris...lg satu hal....teringat cerita "oh My English"....








Wednesday, 20 June 2012

sambung cerita balik.....
28 mei 2012:
jam 5 pagi sudah bertolak ke KL central utk naik bas ke lcct.jam 6:45 sampai ke lcct. punyalah ramainya org pagi2 buta ni......
lepas check in kami ke T14 tempat berlepas. ramai gak org msia yg nak ke osaka...warga jepun pun agak ramai. tempat duduk kami booking no 17D,G dan H...so dpt duduk sebaris...yg penting dekat dgn tandas almaklumlah flight 6 jam 25 minit.....
dlm kapal terbang kami makan nasi lemak yg dah dibooking awal2..katanya msian meal....rupanya hanya nasi lemak je....
tempat duduk agak sempit gak.....kami sampai jam 3:15 waktu osaka....waktu mereka cepat satu jam....di Kansai Airport:
ikut je sorang bdk perempuan melayu tu...dia jln laju je ke depan...kami tk tau, ikut je kat belakang mcm dia tu dh biasa dgn osaka...rupanya dia pun baru first time sampai....tp dia beritahu kawannya ada menunggu kat luar sbb kwnnya dah sampai awal naik MAS....so, apa nk buat lepas amek bag.....nasib baik ada arahan dlm bhs inggeris...just follow saje...tp kata peribahasa melayu " segan bertanya, sesat jln" so kami dok tanya je org2 jepun terutama kastam yg ada...nasib mereka sgt baik dan betul2 boleh membantu....yg penting bags mereka tk check pun....selamat makanan aku!!!....
lepas custom clearance, kami pun menuju ke stesen keretapi kat tingkat dua blok opposit airport.....naik lif ke sana...sampai sana terpinga2 sbb semua sign board tulisan jepun...amek kau!!!.....

kat kaunter tiket:
punyelah byknya mesin beli tiket tp semua dlm bahasa jepun...nasib baik ada sorang org jepun yg faham bahasa inggeris tolong kami belikan tiket...kami nk ke stesen tennoji....masukkan 10000 yen dan keluar baki dalm 6000 yen dan ada syiling...ntah brp tambang kami pun tak pasti.....sampai stesen tennoji, kami kena gunakan subway pulak.....

to be continued......