Thursday, 19 December 2013

as salam...jumpa lagi.,,,lama gak tk update blog....masa cuti ni patut byk masa boleh digunakan untuk updatekan blog tp rupanya tkde masa. antara sebabnya ialah masa cutilah ada adik beradik yang datang melawat emak saya yang sakit.
seminggu lepas, adik perempuan dr kuantan bersama dua anak lelakinya datang bercuti sambil melawat emak saya selama seminggu. hari rabu baru balik, selama dia bercuti di sini, banyak jugaklah kerja yang dia tolong.....masa saya bertugas selama dua hari minggu lepas, dia ada kat rumah so bolehlah tengokkan emak saya. tekanan darah tingginya sudah berkurangan....search kat internet suruh makan cincau tu rupanya dapat membantu menurunkan tekanan darah tingginya....alhamdulillah...sekrang setiap hari saya akan beri emak saya makan cincau. kalau mula dulu dibuat air cincau tu tp minggu kedua saya beri makan cincau yg dicincang halus tanpa campur air. tinggal kena letakkan sikit sirup untuk bagi manis sikit....sedap sebenarnya cincau ni...saya pun dah jadi pelanggan tetap. kalau dulu beli cincau yang bentuk empat segi, sekarang beli yang bentuk tiub. satu tiub boleh mkn seminggu.....murah je cincau ni.beli kat aeon big dalam tiga tiub tk sampai pun rm3....

selepas adik dr kuantan tu balik pada hari rabu, adik dari perlis pulak datang. sambil menyelam minum air , dia datang melawat emak saya sambil menghantar anak perempuan dia interview kerja di petaling jaya. dia hanya duduk selama 3 hari sahaja. sabtu ni akan balik semula ke perlis.

semalam result pmr dikeluarkan. sekolah saya mencapai gred purata kurang 0.2 dr tahun lepas. kira bagus la kalau dapat turunkan gred purata. tapi sekolah hanya dapat dua calon je yg dpt 6A...sbb mereka dpt KH C. sayang jugak. kalau KH dapt A boleh dpt stragiht As....tak taulah mcm mana ramai yang dapat gred C untuk KH (perdagangan n keusahawanan)... mungkin soalan sudah guna KBAT itu soalan berasaskan kemahiran berfikir aras tinggi....soalan objektif pun boleh ada kemahiran tinggi untuk budak pmr je....tk tau la sape yg buat soalan. selalunya mcm tu la. tkde buat practice utk soalan bentuk mcm tu tiba2 tukar format je...yg jadi mangsa budaklah. dengar cerita SPM pun byk yg tukar format soalan tanpa beritahu awal2.....

semalam saya terlibat dengan menagihkan slip peperiksaan wpun saya bkn form teacher...nasiblah pentadbir boleh jd guru tingkatan....patut kalau tk dpt dtg, kenalah cri penggnti supaya urusan mengagihkan slip tu berjln lancar tapi cg yg tk dpt hadir tkde pengganti...tk tau salah sape sampai tk dpt cri guru pengganti wpun dh pesan awal2 kalau result keluar guru ting 3 mesti hadir....ramai jugak pelajat tk dpt slip sbb tk hntar buku spbt....kalau tk hntr buku, mcm mana pelajar ting 3 tahun dpn nk dpt buku....masa org lain hntr buku, pelajar2 ni dh tk dtg sekolah lps pmr....so kena baliklah masing2 angkat buku ke sekolah.....baru kau tahu....lain kali jgn langgar peraturan sekolah....

minggu depan sudah bermulalah mesyuarat, mesyuarat dan mesyuarat.....sekolah dh nk buka...tp tahun ni sek dibuka pd 2 jan tk salahnya hari khamis.....kenapa boleh jd mcm tu....kalau pantai timur mereka hanya 'mengotorkan' baju sehari je sbb jumaat dh cuti....org kementerian tk perasan ke...atau 'akak tk kisahlah'....

ok, akan bercerita lagi di post akan datang...adios...wasallam....

cincau utk kurangkan darah tinggi.....

pengetua sdg umumkan keputusan keseluruhan pmr 2013




Wednesday, 4 December 2013

as salam...jumpa lagi...

ingat tak dalam post sebelum ni saya ada masukkan cerita nak bercuti ke kuching sarawak?.....sepatutnya akan ke sana pada 6 dec ni....tp tiba-tiba berlaku emergency kat rumah, so terpaksa cancell semua...

pagi tadi pergi ke pejabat MAS di KL central untuk uruskan cancellation tu......nasib baik MAS boleh claim dan dapat balik refund walaupun dia tolak RM150 seorang.....tkpe lah asalkan dapat balik duit tiket yg sudah dibayar tu....sayang juga tapi apa boleh buat emak saya tak berapa sihat sebab kena tekanan darah tinggi yaang memerlukan bantuan orang menjaganya.

selain dari terpaksa cancell flight, saya juga kena cancell hotel reservation kat harbour view hotel....tapi nasib kurang baik atau mungkin kesilapan sendiri, saya cancell dalam masa kurang dari 3 hari, so mereka sudah charge saya untuk hrga bilik semalam iaitu RM195.....banyak jugaklah 'kerugian' yang ditanggung jika semua kena cancell sebab sudah bayar awal-awal....inilah risiko yang kita kena tanggung jika buat booking on line awal-awal.....

semasa pergi ke MAS tadi, saya dapat nombor 6088 . kena tunggu dalam 20 lagi sebelum nombor saya dipanggil.....tapi walaupun kaunter sangat banyak iaitu lebih dari sepuluh, tapi agak lambat juga mereka entertain pelanggan mereka...rasa macam satu pelanggan hampir setengah jam dia orang uruskan...lama sangat menunggu lebih dari satu jam baru nombor naik....tapi urusan cancellation saya sekejap je tak sampai pun 10 minit....geram jugak.tunggu punya lama untuk urusan yang tk sampai 10 minit......

apa yang seronoknya masa kat pejabat MAS tadi ialah ramai orang melayu yang kebayakannya 'spikang london' nak pegi melancong. rasa-rasa macam berada kat 'obersi' lak. memanglah naik MAS tu mahal sikit tapi kalau dia buat sales, boleh mengalahkan promo airasia tau..... barang pun boleh bwk dlm 30kg free, dapat makan lagi...tak payah nk booking2 mcm air asia......agak kecewa jugalah trpaksa cancell sbb dpt offer bagus ......insyallah kalau ada rezeki di masa hadapan, akan cuba ke kuching semula dengan MAS.....

so, janji nak masukkan gambar kira takde la.....sekrang cuti tak tau nak pegi mana .....anak sedara ajak naik saje erl tu pergi jln2 ke airport klia....kesian dia ...iya2 nak pergi kuching, tp tk dapat pergi sebab masalah emergency tadi.....




Tuesday, 26 November 2013

as salam...masa cuti ni ialah masa untuk melapangkan fikiran dan berehat....kalau boleh pegi jalan2...mcm melancong ke dalam dan luar negara.

akhir tahun ni rasa macam malas je nk pegi jalan tp hati teringin sangat nak ke kuching, sarawak....selepas mnggodek2 laman web airasia dan mas, akhirnya dpt juga tiket yg mmg murah jika naik mas....so dah booking untuk pergi bertiga ke sana dalam bulan december ni. lambat sikit bejln sbb menunggu anak sedara habis spm. dia tamat spm dng kertas ict pada 4 dec.....so dh settle semua baru boleh dan seronok berjln...kali ni pergi bertiga bersama emak n anak sedara..... harap2 semuanya sihat bila masa nak ke sana nnti.... terpaksa pilih mas sbb tk perlu jln jauh ke landasan....berjln sama emak yang sdh berumur 72 tahun dgn menaiki air asia mmg sgt susah....tahun lps kami ke bandung naik air asia....balik kpl terbang turun betul2 di tgh landasan yang sgt jauh dari terminal sbb pada hari itu airsia melancarkan satu promosi di landasan kpl terbang....punye siksa emak saya nk berjln sbb sgt jauh nak ke terminal....mmg sgt marah masa tu sbb mereka tk fikirkan kesusahan warga emas..... sejak dr hari itu, tknk lagi guna air asia jika melibatkan wrga emas.....

byk juga survey tempat menarik kat kuching ni....anak sedara baru saje grad dr unimas sarawak...dia kata biasa je n tkde apa yg menarik kat kuching ni....tkpe la lain org lain pandangan dan pengalaman....tengok mcm mana nnti kat sana....harap ada benda menarik kat sane.

antara tempat yang nk pegi lawat ialah:
kilang kek lapis
main bazaar- itu gambar keychains

ini kilang pasu kat batu 4


ada lagi tempat lain yang ingin dilawati seperti pasar serikin dekat sempadan indonesia ..tp dpt tahu dr anak sedara katanya jauh  jugak...mcm kat wang kelian keadaan kedainya tp brg murah2....masalahnya ialah cuaaca sane sgt panas walaupun waktu pagi.

insyallah, akan cuba uploadkan gambar2 kenangan di sana nnti dlm blog ni.....wasalam









Saturday, 23 November 2013

as salam....jumpa lagi . lama gak tk update blog ni.
sekarang musim cuti sekolah....walaupun sudah cuti, saya masih lagi kena berulang balik ke sekolah. pertama kerana menghadiri mesyuarat pentadbir yang boleh dikatakan telah berlanjutan sampai seminggu. ada banyak benda yang selesai oleh pihak2 tertentu menyebabkan meeting dr tiga hari sudah jadi empat hari. kedua sebab saya kena hantar anak sedara ke sekolah sebab dia sdg menghadapi peperiksaan spm.

pada 21  dec lalu sekolah telah berjaya menubuhkan ajk utk alumni sekolah. alhamdulillah, kerana selama beberapa pengetua sebelum ni kata nak tubuhkan alumni tp tk berjaya.....tahun ni kena usahakan juga sebab  sekolah akn menyambut ulang tahun ke 20 tahun depan...so pengetua ingin alumni ni menjadi kenyataan... mahu tk mau saya terpksa telah melibatkan diri dlm usaha ni....maksudnyaa - saya telah ditanya tntg hal alumni ni dan saya kata boleh masukkan dlm fb la sbb saya byk juga add ex students dlm fb saya....rupanya post tu telah mendapat sambutan yg baik dr ex students dan perkara soal jawab n pertanyaan mencari seseorang yang boleh mengumpulkan ex students berlanjutan hampir sebulan.... alhamdulillah setelah beberapa lama dan hampir give up sbb semua tk mau jd ajk, akhirnya ada seorang ex student yang volunteer mengumpulkan beberapa ajk utk berjumpa dgn pengetua sebagai agenda permulaan menubuhkan alumni ni.
so perjumpaan pada 21 november itulah telah berjaya menubuhkan alumni ni secara tidak rasmi dahulu sehingga semua ajk berusaha mendaftarkannya dengan ROS...

di bwh ni adalah gmbar sekitar mesyuarat ajk alumni tersebut:




Wednesday, 30 October 2013



as salam....jumpa lagi

hari isnin lepas telah diadakan majlis penyampaian hadiah minggu pusat sumber....bidang saya mendapat tempat pertama pertandingan pameran pss untuk bidang......hadiahnya ialah satu hamper alat tulis dan kupon koperasi RM100......

ini kali kedua bidang saya iaitu bidang teknik dan vokasional menang pertandingan ini. terima kasih kepada semua guru dan pelajar yang telah menyumbangkan bahan2 pameran.  sebenarnya setiap tahun ada minggu bidang. selalunya saya buat pertandingan meeka model atau objek berkaitan dengan perdagangan....so tahun ini pelajar tingkatan empat yang diminta membuat model2.....jadi bila masa pertandingan pameran pss, bidang saya sudah ada bahan yang hendak dipamerkan....ada beberapa panitia yang juga ada menyumbangkan bahan spt panitia kemahiran hidup, mereka ada buat model juga....panitia2 lain buat buku skrap dan kerja folio....hanya panitia ICT dan Akaun yang tk buat apa2 tahun ni...tk tau la tk sempat ke atau mmg mereka tknk buat....kdg2 ada jugak cg yg tk beri kerjasama....jadi susahlah nk dpt bahan....semua bg alasan sibuk, tkde masa...sdgkan benda ni sdh diberitahu awal tahun lagi semasa mesyuarat panitia.....

in sha allah tahun depan kalau boleh nk kekalkan kemenangan utk kali ketiga berturut2....kalau ada piala pusingan, dh boleh simpan tu.....

hari ni 30 oktober 2013 telah diadakan dua acara di sekolah....sbelum jam 11 a.m diadakan taklimat utk pelajar2 spm....selepas jam 11.am ada majliss perpisahan kelas 2013 utk pelajar2 tadi...so ada mcm2 acara yg diadakan spt menyampaian sijil, persembahan nyanyian dn majlis restu pada slot akhir....ini kali pertama sekolah mengadakan majlis perpisahan ni....ada lah sikit2 kekurangan, mngkin tahun dpn akan jd lebih baik....

acara kemuncak ialah sesi mengambil gambar semua kelas t5 bersma guru n pengetua....kecoh jugak sbb tempat agak kecil berbanding dgn bil pelajar....nnti kalau ada gmbr akn diuploadkan...

sekrg hnya ada gmbr tntg pss tu je....ok jumpa lagi...adios!!...

 










johan pertandingan mereka model t4A1....

pemenang tempat ke
dua

tempat ketiga.....

yang ni menang tempat keempat antara model dibuat oleh pelajar t4A1.....






bergambar bersama semua pelajar2 spm 2013....all the best n good luck to uou all.....make the school proud of you.....

Friday, 18 October 2013

salam.....semalam kat sekolah ada latihan dalam perkhidmatan (ladap) untuk guru. tajuknya ialah berkaiatan dengan menagani stress. penceramah jemputan ialah pn norhafizah kaunselor dr pejabat pelajaran dareah petaling utama.

kaunselor ini suka buat gaya ala2 aflin shauki....kelakar jugak tgk gaya dia. utk sesi ni cg2 diminta memakai pakaian sukan. so terpaksalah lepas sekolah cg2 ganti pakaian sukan....nasiblah.dlm hati dok ingt kena berlari ke atau lompat2 ke sbb kena pakai baju sukan.....rupanya taklah sgt....

sesi dimulakan dgn sesi terapi urutan.....semua cg kena duduk atas kerusi dlm satu barisan....org belakang massage org depan.lps tu tukar pulak yg depan massage yg belakang....sedap jugak kena massage dalam keadaan kepala dan bahu tgh sakit...terima kasih pn yeo sbb urutan yg baik....

selepas sesi tu, kaunselor tu buat ice breaking pulak...mula dia suruh cari org yg lahir sama negeri....kumpulan saya hny ada dua org je.then dia suruh cri org yg sama bil adik beradik, sama colour, sama hobi dan lain2. dri situ bru tau ada org adik beradik dia sekian sekian.....

cg2 sekolah ini kalau aktiviti mcm ni semua sporting....sbb lps sesi ice breaking ada sesi menari2 pulak ikut lagu....kumpulan dibahagi kepada dua : satu kumpulan cg lelaki dan satu lg cg prempuan....kami diminta mencipa koreografi masing2.....ada seorang cg lelaki cg ikhwan namanya pandai lak reka step utk lagu m nasir mentera semerah padi....kelakar habis.cg prempuan pulak diketuai oleh cg farrah james cipta steps kerja2 kaum wanita kat umah.....saya hny amek video je sbb tkde yg amek video aksi2 tu. rasa mcm rugi je kalau tk dirakam. so dgn telefon samsung yg kecik tu saya video kan semua.....

selepas semua penat dan sakit mulut sbb byk sgt gelak, sesi diakhiri secara perlahan2 dgn ceramah ringkas dr kaunselor tu....byk gak perkara yg disampaikan sbg seorg kaunselor.lega dgr apa yg dia ckpkan....kami juga diminta mengisi borang soal selidik tentang pentdbiran sekolah dn lain2 perkara.....bagus jugak sbb kdg2 ada yg kita tk setuju dgn pntdbiran sekolah tp tk berani menyuarakan .

yg paling best kaunselor ni, dia pun pndai menari jugak tp tersilap tekan , tk dpt rakam aksi2 semua cg dan kaunselor ni menari sakan....tk sangka juga sbb kalau tgk dr air muka dia, nmpk agk serius juga orgnya.....yg buat saya terkejut masa mula2 sesi pertama nk dimualakn, dia dtg kat saya dan kata " tk sangka cg boleh senyum, saya dh risau td tgk cg tk senyum"....ha? trkejut jga tp mmg muka saya ni kalau org tk kenal dia akn kata muka tk suka senyum....sebenarnya hati tgh susah dan kepala tgh sakit sbb cuaca sgt panas hari tu.....so mood pun sama pns juga......



adios.....










Thursday, 17 October 2013

salam.....lama tk update blog....sgt sibuk skrg sbb budak tgh final exm n ada meeting hampir setiap hari...balik pun dh penat.....

minggu lps, saya pergi dgr taklimat persaraan.tempatnya di dewan jubilee bangunan SUK shah alam.  wpun 2017 baru nk brsara tp kena jugak dtg dgr taklimat. ada 3 daerah menghantar guru2 mereka iaitu hulu dan kuala langat dan petaling utama.
slot pagi ceramah dr presiden persatuan pesara2 kerajaan. umur dia dah 78 tahun tp masih kuat lagi....mcm2 dia cerita tentang perkara yg dia lakukan selepas pencen.....seronok jugak.

slot kedua pulak selepas jamuan pagi. slot dr vice president bank muamalamt. namanya encik A$....encik awang....pandai jugak dia buat simbol mcm tu....yg ni best jugak. dia cerita tntg mcm mana nk memberanakkan duit. almaklumlah masa bersara nnti ramai yg akn dpt duit ganjaran yg jumlahnya boleh tahan juga bnyknya....dia cerita ada org mntrnak lembu, bau badannya bau lembu...yg mntrnak kambing akn berbau kambing tp dia mnternak wang...so bdnnya berbau wang....muda lagi dia dh jadi jutawan...mcm saya yg jadi cg perdagangan n akaun, cerita mcm ni mmg seronok dgr.....sbb ada tajuk pelaburan dlm bab akhir ting. 4....so kebetulan ada ajar tajuk tu minggu dpnnya...apa lagi goreng habislah gunakan cerita en A$ ni.....byk lg yg dia cerita ....utk suami2 digalakkan melabur dgn beli brg kemas utk isteri....beli sepanjang lengan isteri tu....kalau terdesak boleh singgah mana2 kedai pajak gadai, gadaikn satu gelang...seronok betul guru2 perempuan mendgrnya.....dia pesan pd guru2 lelaki jgn membazir duit melabur beli ekzos dan accesories kereta sbb tk boleh jual balik!.....

selepas mkn n rehat tgh, jam 2:30 sambung slot berkaitan dgn wasiat....pegawai dr amanah raya cawangan shah alam dtg beri ceramah....best jugak sbb ramai yg tk tau apa akan brlaku kpd harta2 kita jka kita mati tanpa meninggalkan wasiat.......terasa nk buat wasiat jugak satu hari nnti....

slot ptg yg dinntikan sbb berkaitan dgn jumlah pencen n gratuity yg akn diterima masa pencen nnti.....best lah sape yg dpt keje sampai 420 bulan....boleh dpt byk sikit.....
tp tk best sbb tkde sesi soal jwb sbb dh jam 5 ptg...semua dh nk balik sbb takut jam.....patut penceramah tu cerita awal sikit tntg pencen tp dia hny spent masa dalam 20 minit je ckp tntg pencen ni......byk jugaklah perkara yg kita semua tk tau mcm mana pencen tu akn diagihkan jika kita mati dalam perkhidmatan dan selepas persaraan.....

ok....akan sambung cerita lain lagi selepas ni, in sha allah.....adios!!....

Sunday, 6 October 2013

salam.....jumpa lagi....

hari jumaat lepas 4 Oktober 2013, ada kejutan diterima .....semasa sedang lepak2 kat pejabat sekolah ternampak dua buah kotak kat atas kaunter pejabat tu.....

dalam hati sudah rasa mcm dua kotak itu adalah utk saya dan kawan yang telah menang peraduan yang dianjurkan oleh casio calculator pada bulan puasa dulu....betul rupanya mmg hadiah kami....gembira tak terkata sebab lama sangat menunggu hadiah tersebut.

ini la hadiah yg kami terima....sebuah camera yg sgt kecil dan comel....









lepas ni kena belanja la pelajar yg uruskan pencalonan kami kat FB tu.....Yap Kar Seng....

Monday, 30 September 2013

assalamualaikum wbt....
sudah lama tk update blog. mngkin tkde masa atau mngkin tkde cerita....
skrg ada cerita trbaru yg disampaikan kat sini....iaitu membawa pelajar ke lawatan sambil belajar di karnival dan ekspo kemahiran kebangsaan (KEKK)yang berlangsung di maeps, serdang pada 27 sept 2013....maeps ini ialah tempat di mada MAHA diadakan...

jemputan sebenarnya ialah dr kementerian yg menganjurkan karnival (tk ingt lak nama) utk pelajar sekolah. mereka sediakan bas percuma....tu sbb yg nk bwk pelajar sbb tk prlu keluar belanja bas dan mkn . semua mereka akan tanggung.

disebabkan hari jumaat itu saya hanya ada satu kelas akaun saje pelajar ting 4S1 (seramai 11 pelajar saje), jadi semuanya saya bawa sekali di samping ada seramai 26 lagi dr kelas ting 4  dan ting 5 yg lain...saya pergi dgn ckgu norhayati iaitu KP perdagangan saya.....

jam 8 kami mula bertolak dr sekolah. driver bas nama john (org india) bwk bas punyalah lajunya...dia asyik ambil lorong kanan je kat highway....kecut perut semua org...hai....menyumpah juga dlm hati sbb dia tk fikirkan keselamatan pelajar dlm bas...kalau jd apa2 tk ke susah semua org...masa balik pun sama, sikit lagi nak accident di tol ldp....ini mcm punya org kalau bwk bas ke genting atau cameron, mau accident!!!.....

sampai di sana kami disambut oleh urus setia KEKK. semua kena pakai wrist band...pelajar semua diberikan kupon makan RM4 seorang sbg sarapan pagi....then semua diminta ikut buku panduan ekspo dan bergerak sndiri sehingga jam satu ptg jumpa semula di tempat bas berhenti tadi....

ada mcm2 pertandingan diadakan....ada juga jemputan artis...apa2 pun boleh lihatlah gambar yang diambil sepanjang KEKK tersebut....