Wednesday, 30 October 2013



as salam....jumpa lagi

hari isnin lepas telah diadakan majlis penyampaian hadiah minggu pusat sumber....bidang saya mendapat tempat pertama pertandingan pameran pss untuk bidang......hadiahnya ialah satu hamper alat tulis dan kupon koperasi RM100......

ini kali kedua bidang saya iaitu bidang teknik dan vokasional menang pertandingan ini. terima kasih kepada semua guru dan pelajar yang telah menyumbangkan bahan2 pameran.  sebenarnya setiap tahun ada minggu bidang. selalunya saya buat pertandingan meeka model atau objek berkaitan dengan perdagangan....so tahun ini pelajar tingkatan empat yang diminta membuat model2.....jadi bila masa pertandingan pameran pss, bidang saya sudah ada bahan yang hendak dipamerkan....ada beberapa panitia yang juga ada menyumbangkan bahan spt panitia kemahiran hidup, mereka ada buat model juga....panitia2 lain buat buku skrap dan kerja folio....hanya panitia ICT dan Akaun yang tk buat apa2 tahun ni...tk tau la tk sempat ke atau mmg mereka tknk buat....kdg2 ada jugak cg yg tk beri kerjasama....jadi susahlah nk dpt bahan....semua bg alasan sibuk, tkde masa...sdgkan benda ni sdh diberitahu awal tahun lagi semasa mesyuarat panitia.....

in sha allah tahun depan kalau boleh nk kekalkan kemenangan utk kali ketiga berturut2....kalau ada piala pusingan, dh boleh simpan tu.....

hari ni 30 oktober 2013 telah diadakan dua acara di sekolah....sbelum jam 11 a.m diadakan taklimat utk pelajar2 spm....selepas jam 11.am ada majliss perpisahan kelas 2013 utk pelajar2 tadi...so ada mcm2 acara yg diadakan spt menyampaian sijil, persembahan nyanyian dn majlis restu pada slot akhir....ini kali pertama sekolah mengadakan majlis perpisahan ni....ada lah sikit2 kekurangan, mngkin tahun dpn akan jd lebih baik....

acara kemuncak ialah sesi mengambil gambar semua kelas t5 bersma guru n pengetua....kecoh jugak sbb tempat agak kecil berbanding dgn bil pelajar....nnti kalau ada gmbr akn diuploadkan...

sekrg hnya ada gmbr tntg pss tu je....ok jumpa lagi...adios!!...

 










johan pertandingan mereka model t4A1....

pemenang tempat ke
dua

tempat ketiga.....

yang ni menang tempat keempat antara model dibuat oleh pelajar t4A1.....






bergambar bersama semua pelajar2 spm 2013....all the best n good luck to uou all.....make the school proud of you.....

Friday, 18 October 2013

salam.....semalam kat sekolah ada latihan dalam perkhidmatan (ladap) untuk guru. tajuknya ialah berkaiatan dengan menagani stress. penceramah jemputan ialah pn norhafizah kaunselor dr pejabat pelajaran dareah petaling utama.

kaunselor ini suka buat gaya ala2 aflin shauki....kelakar jugak tgk gaya dia. utk sesi ni cg2 diminta memakai pakaian sukan. so terpaksalah lepas sekolah cg2 ganti pakaian sukan....nasiblah.dlm hati dok ingt kena berlari ke atau lompat2 ke sbb kena pakai baju sukan.....rupanya taklah sgt....

sesi dimulakan dgn sesi terapi urutan.....semua cg kena duduk atas kerusi dlm satu barisan....org belakang massage org depan.lps tu tukar pulak yg depan massage yg belakang....sedap jugak kena massage dalam keadaan kepala dan bahu tgh sakit...terima kasih pn yeo sbb urutan yg baik....

selepas sesi tu, kaunselor tu buat ice breaking pulak...mula dia suruh cari org yg lahir sama negeri....kumpulan saya hny ada dua org je.then dia suruh cri org yg sama bil adik beradik, sama colour, sama hobi dan lain2. dri situ bru tau ada org adik beradik dia sekian sekian.....

cg2 sekolah ini kalau aktiviti mcm ni semua sporting....sbb lps sesi ice breaking ada sesi menari2 pulak ikut lagu....kumpulan dibahagi kepada dua : satu kumpulan cg lelaki dan satu lg cg prempuan....kami diminta mencipa koreografi masing2.....ada seorang cg lelaki cg ikhwan namanya pandai lak reka step utk lagu m nasir mentera semerah padi....kelakar habis.cg prempuan pulak diketuai oleh cg farrah james cipta steps kerja2 kaum wanita kat umah.....saya hny amek video je sbb tkde yg amek video aksi2 tu. rasa mcm rugi je kalau tk dirakam. so dgn telefon samsung yg kecik tu saya video kan semua.....

selepas semua penat dan sakit mulut sbb byk sgt gelak, sesi diakhiri secara perlahan2 dgn ceramah ringkas dr kaunselor tu....byk gak perkara yg disampaikan sbg seorg kaunselor.lega dgr apa yg dia ckpkan....kami juga diminta mengisi borang soal selidik tentang pentdbiran sekolah dn lain2 perkara.....bagus jugak sbb kdg2 ada yg kita tk setuju dgn pntdbiran sekolah tp tk berani menyuarakan .

yg paling best kaunselor ni, dia pun pndai menari jugak tp tersilap tekan , tk dpt rakam aksi2 semua cg dan kaunselor ni menari sakan....tk sangka juga sbb kalau tgk dr air muka dia, nmpk agk serius juga orgnya.....yg buat saya terkejut masa mula2 sesi pertama nk dimualakn, dia dtg kat saya dan kata " tk sangka cg boleh senyum, saya dh risau td tgk cg tk senyum"....ha? trkejut jga tp mmg muka saya ni kalau org tk kenal dia akn kata muka tk suka senyum....sebenarnya hati tgh susah dan kepala tgh sakit sbb cuaca sgt panas hari tu.....so mood pun sama pns juga......



adios.....










Thursday, 17 October 2013

salam.....lama tk update blog....sgt sibuk skrg sbb budak tgh final exm n ada meeting hampir setiap hari...balik pun dh penat.....

minggu lps, saya pergi dgr taklimat persaraan.tempatnya di dewan jubilee bangunan SUK shah alam.  wpun 2017 baru nk brsara tp kena jugak dtg dgr taklimat. ada 3 daerah menghantar guru2 mereka iaitu hulu dan kuala langat dan petaling utama.
slot pagi ceramah dr presiden persatuan pesara2 kerajaan. umur dia dah 78 tahun tp masih kuat lagi....mcm2 dia cerita tentang perkara yg dia lakukan selepas pencen.....seronok jugak.

slot kedua pulak selepas jamuan pagi. slot dr vice president bank muamalamt. namanya encik A$....encik awang....pandai jugak dia buat simbol mcm tu....yg ni best jugak. dia cerita tntg mcm mana nk memberanakkan duit. almaklumlah masa bersara nnti ramai yg akn dpt duit ganjaran yg jumlahnya boleh tahan juga bnyknya....dia cerita ada org mntrnak lembu, bau badannya bau lembu...yg mntrnak kambing akn berbau kambing tp dia mnternak wang...so bdnnya berbau wang....muda lagi dia dh jadi jutawan...mcm saya yg jadi cg perdagangan n akaun, cerita mcm ni mmg seronok dgr.....sbb ada tajuk pelaburan dlm bab akhir ting. 4....so kebetulan ada ajar tajuk tu minggu dpnnya...apa lagi goreng habislah gunakan cerita en A$ ni.....byk lg yg dia cerita ....utk suami2 digalakkan melabur dgn beli brg kemas utk isteri....beli sepanjang lengan isteri tu....kalau terdesak boleh singgah mana2 kedai pajak gadai, gadaikn satu gelang...seronok betul guru2 perempuan mendgrnya.....dia pesan pd guru2 lelaki jgn membazir duit melabur beli ekzos dan accesories kereta sbb tk boleh jual balik!.....

selepas mkn n rehat tgh, jam 2:30 sambung slot berkaitan dgn wasiat....pegawai dr amanah raya cawangan shah alam dtg beri ceramah....best jugak sbb ramai yg tk tau apa akan brlaku kpd harta2 kita jka kita mati tanpa meninggalkan wasiat.......terasa nk buat wasiat jugak satu hari nnti....

slot ptg yg dinntikan sbb berkaitan dgn jumlah pencen n gratuity yg akn diterima masa pencen nnti.....best lah sape yg dpt keje sampai 420 bulan....boleh dpt byk sikit.....
tp tk best sbb tkde sesi soal jwb sbb dh jam 5 ptg...semua dh nk balik sbb takut jam.....patut penceramah tu cerita awal sikit tntg pencen tp dia hny spent masa dalam 20 minit je ckp tntg pencen ni......byk jugaklah perkara yg kita semua tk tau mcm mana pencen tu akn diagihkan jika kita mati dalam perkhidmatan dan selepas persaraan.....

ok....akan sambung cerita lain lagi selepas ni, in sha allah.....adios!!....

Sunday, 6 October 2013

salam.....jumpa lagi....

hari jumaat lepas 4 Oktober 2013, ada kejutan diterima .....semasa sedang lepak2 kat pejabat sekolah ternampak dua buah kotak kat atas kaunter pejabat tu.....

dalam hati sudah rasa mcm dua kotak itu adalah utk saya dan kawan yang telah menang peraduan yang dianjurkan oleh casio calculator pada bulan puasa dulu....betul rupanya mmg hadiah kami....gembira tak terkata sebab lama sangat menunggu hadiah tersebut.

ini la hadiah yg kami terima....sebuah camera yg sgt kecil dan comel....









lepas ni kena belanja la pelajar yg uruskan pencalonan kami kat FB tu.....Yap Kar Seng....