Thursday, 17 October 2013

salam.....lama tk update blog....sgt sibuk skrg sbb budak tgh final exm n ada meeting hampir setiap hari...balik pun dh penat.....

minggu lps, saya pergi dgr taklimat persaraan.tempatnya di dewan jubilee bangunan SUK shah alam.  wpun 2017 baru nk brsara tp kena jugak dtg dgr taklimat. ada 3 daerah menghantar guru2 mereka iaitu hulu dan kuala langat dan petaling utama.
slot pagi ceramah dr presiden persatuan pesara2 kerajaan. umur dia dah 78 tahun tp masih kuat lagi....mcm2 dia cerita tentang perkara yg dia lakukan selepas pencen.....seronok jugak.

slot kedua pulak selepas jamuan pagi. slot dr vice president bank muamalamt. namanya encik A$....encik awang....pandai jugak dia buat simbol mcm tu....yg ni best jugak. dia cerita tntg mcm mana nk memberanakkan duit. almaklumlah masa bersara nnti ramai yg akn dpt duit ganjaran yg jumlahnya boleh tahan juga bnyknya....dia cerita ada org mntrnak lembu, bau badannya bau lembu...yg mntrnak kambing akn berbau kambing tp dia mnternak wang...so bdnnya berbau wang....muda lagi dia dh jadi jutawan...mcm saya yg jadi cg perdagangan n akaun, cerita mcm ni mmg seronok dgr.....sbb ada tajuk pelaburan dlm bab akhir ting. 4....so kebetulan ada ajar tajuk tu minggu dpnnya...apa lagi goreng habislah gunakan cerita en A$ ni.....byk lg yg dia cerita ....utk suami2 digalakkan melabur dgn beli brg kemas utk isteri....beli sepanjang lengan isteri tu....kalau terdesak boleh singgah mana2 kedai pajak gadai, gadaikn satu gelang...seronok betul guru2 perempuan mendgrnya.....dia pesan pd guru2 lelaki jgn membazir duit melabur beli ekzos dan accesories kereta sbb tk boleh jual balik!.....

selepas mkn n rehat tgh, jam 2:30 sambung slot berkaitan dgn wasiat....pegawai dr amanah raya cawangan shah alam dtg beri ceramah....best jugak sbb ramai yg tk tau apa akan brlaku kpd harta2 kita jka kita mati tanpa meninggalkan wasiat.......terasa nk buat wasiat jugak satu hari nnti....

slot ptg yg dinntikan sbb berkaitan dgn jumlah pencen n gratuity yg akn diterima masa pencen nnti.....best lah sape yg dpt keje sampai 420 bulan....boleh dpt byk sikit.....
tp tk best sbb tkde sesi soal jwb sbb dh jam 5 ptg...semua dh nk balik sbb takut jam.....patut penceramah tu cerita awal sikit tntg pencen tp dia hny spent masa dalam 20 minit je ckp tntg pencen ni......byk jugaklah perkara yg kita semua tk tau mcm mana pencen tu akn diagihkan jika kita mati dalam perkhidmatan dan selepas persaraan.....

ok....akan sambung cerita lain lagi selepas ni, in sha allah.....adios!!....

No comments:

Post a Comment