Thursday, 19 June 2014

as salam.....

lama betul tak update blog ni.....disebabkan ada cerita nak ditulis baru boleh updatekan...
nak cerita apa yang kami buat masa cuti (saya n anak sedara 3 orang)...

sebenarnya pada 29/5-5/6/2014, kami berempat telah melancong ke tokyo, jepun.....

sekarang tidak perlu mohon visa ke jepun, senang sikit kerja kita. tempahan tiket ke tokyo dibuat melalui AA setahun lepas iaitu sebaik saja balik dari seoul....tiba-tiba nak melancong lagi, godek2 website AA, mcm nk pergi ke tokyo...setelah dapat persetujuan semua, maka saya pun booking tiket dgn insurans, tempat duduk, makan dan beg pergi balik kena bayar RM3680.

masa nk ke tokyo dah mula survey tukaran mata wang asing....so tukaran agak murah juga berbanding semasa kami pergi ke osaka dua tahun lepas....kali ini dpt dalam 1000 yen = RM33.28. kalau masa ke osaka tukarannya RM38.90. so byk juga lah ditukar sbb nak bayar sekali duit hotel.

hotel telah dibooked melalui booking.com...dah kali kedua buat tempahan melalui booking.com. sng sikit sbb tk perlu bayar sehingga sampai ke sana. dah 3 kali tukar hotel, last2 saya booked hotel sakura ikebukuro. bayaran untuk seminggu lebih kurang 67000 yen lbh ( dalam RM2200)...murah gak la sbb dia jns backpackers. bilik tu ada dua double decker. bilik air, toilet kongsi diluar. dapur masakpun ada tapi di tingkat 7....washer dan dryer pun ada. so tk perlu bawa byk baju....

kali ni AA beroperasi dari KLIA2....agak kelam kabut juga nak cari tempat check in sbb dia kat bangunan lain tp nak ke bangunan tu pun dah mcm kelam kabut je....disebabkan baru beroperasi pada 9 mei lalu, so byk jugalah kekurangannya...

flight ke tokyo pada pukul 2.30 ptg tp disebabkan rasa mcm lama lagi nk naik kapal terbang kami pun singgah beli makanan kat McD sementara tunggu waktu sembahyang zohor....tp kami agak terkejar2 juga sbb masa agak singkat nak turun check kat bawah...nasib baik kaunter belum buka.....

flight dijangka akan sampai pada jam 10;45 malam...dah byk survey blog2 tentang cara boleh tidur kat haneda airport, so saya tkde lah booking hotel untuk malam tu sebab takut kapal terbang delay dan tkde kenderaan ke hotel. mula2 rasa takut juga nak tidur atau nak cari tempat tidur, tapi rupanya sangat2 senang nak tidur kat airport haneda pada waktu malam. caranya ialah lepas je melepasi kastam, kita akan keluar pintu dan kat luar2 tu dah ada byk kerusi2 airport utnuk kita pilih....kami hanya pilih kat tingkat bwh saje sbb malas nak naik atas, dan tempat tu tk sunyi sgt. ramai jugak orang mula parking kat tingkat  tu....

kat airport ni ada surau kat tingkat 3 di hujung kaunter tiket. jadi selepas kami naik sembahyang terus je kami pilih bangku2 yang ada kat situ utk tidur...tp mcm biasalah bkn boleh tidur sgt pun sbb dah lewat tido dan hari pun cepat siang.jm 4:30 dah terbit fajar.

ok, boleh tengok gambar dulu....






























akan bersambung.....

No comments:

Post a Comment