Saturday, 21 June 2014

as salam...sambung cerita lagi hari kedua di tokyo.
selepas semua manusia kat stesen shinagawa tu dah clear, baru kami turun utk naik train JR Yamanote Line terus ke ikebukuro. ada 9 stesen kami akan lalui. agak lama juga dalam keretapi. kami akhirnya sampai kat stesen ikebukuro dalam jam 10. dari stesen kami kena cari west exit sebelum naik ke atas. besar gak stesen ni dan ada banyak kedai dalamnya....yang paling banyak ialah manusianya....penuh di sana sini manusia sebab kat sini ada empat exit, west, east, south n north....nak keluar kat south n north pun boleh tp jgn east sbb nnti jauh kena jalan.

sampai kat atas, kami cari hotel sakura tu berpandukan peta yang ada. susah gak nak cari hotel tu sbb kedudukannya agak jauh juga dari stesen keretapi ikebukuro. pusing2 akhirnya jumpa hotel tu. disebabkan masih awal nak check in (check in jam 3 ptg), so kami letak dulu semua beg2 kat tempat simpanan beg. sebelum itu saya tanya apa jenis room yang kami akan dapat. diberitau kami akan duduk kat tingkat bawah satu floor dgn front desk dan kena share bathroom dan toilet...terperanjat gak dengar sbb masa booking, mcm bilik air n toilet dlm bilik...nasibla....tp tkpelah nilah masanya nk cuba secara backpackers pulak....dapur pula diberitahu kat tingkat 7. utk group dapurnya di tingkat 6. nasib semua staff boleh speaking london dgn baik....

selepas letak beg kami pun plan nak jln ke asakusa dulu. nk survey2 tempat menjual cenderahati yang banyak dijual kat situ....so kami pun keluar cari stesen ikebukuro dan naik subway train line merah (marunouchi line) berhenti di stesen korakuen dan tukar line warna pink (oedo line) ke kurame then tukar lagi keretapi ke akasuka naik subway line asakusa (warna mcm oren n pink)....byk gak tukar keretapi tu sbb nk gunakan kad pass ride 3 hari tu. cuaca kat tokyo masa sangat panas.
jauh juga berjalan nak cari shinjosi temple tempat paling popular yang ada banyak kedai jual cenderahati...jalan2 kami terjumpa bilik pameran ban dai yang pamerkan patung2 mainan. kat luar lak ada patung2 mcm doraemon, ultraman. so kami pun berhenti sekejap amek gambar...saje nk penuhkan masa sbb masih awal lagi untuk balik ke hotel...jalan2 jumpa lak seorang lelaki mcm melayu dari jauh....dah dekat dia terus cakap assalamualaikum....terkejut gak....tk taulah sama ada dia msia, thailand atau indonesian...ramai gak indonesians melancong kat jepun masa ni....

dah lama berjalan dan tanya mcm2 orang akhirnya sampai gak ke temple tu....dari jauh dah nampak orang lelaki penarik beca yang selalu nampak dalam tv tu tunggu pelanggan....ramai jugak rupanya...ingatkan dua tiga orang je...mereka ni pandai lak pilih2 pelanggan.....sbb bayarannya sangat mahal untuk mereka bwk kita ronda2 kat situ.....mereka ni semua muda2 belaka....

hari ni ialah hari jumaat....tak taulah tgh musim cuti sekolah ke apa....tp punyala ramai bdk2 sekolah kat situ....kat sini mmg byk sgt kedai jual mcm2 cenderahati....boleh rambang mata tp harga agak mahal juga dan tak boleh tawar menawar....kami mula2 hanya jalan2 saje sampai ke hujung hingga ke temple tapi tk masuk ke sanalah.....hanya amek gambar je....then bila round sekali lagi nak balik barulah beli sikit key chain2 yang kebanyakn harga paling murah dlm 380 yen....

lepas jln ke asakusa , kami pun ingt nak jln ke ueno park....so kami cari stesen asakusa semula untuk naik train guna line ginza (warna kuning) utk ke ueno park....orang kata ini adalah taman paling besar dalam bandar yang terdapat di tokyo....memang besar sgt tp kami berhenti dulu makan tengah hari kat pokok2 bwh taman tu....makan nasi himpit yang dibawa dari msia....orang jepun yang lalu lalang tengok je kita orang makan.....nak buat mcm mana tkde bangku taman yang boleh duduk. so bawah pokoklah jadi tempat kami parking.

lepas makan kami pun mula berjalan masuk. tempatnya agak mcm berbukit sikit...jauh jugak jln nk masuk taman....ada mcm2 cerita berkaitan sejarah kat situ tp kami tk minat sgt nk jln2 lagi...ingt nak ke zoo nya sbb dikatakan ueno zoo pun zoo yang paling besar tapi semua sudah letih dari malam tak tidur dan terus saje jln....kami hanya spent masa kat situ duduk2 tengok je gelagat orang2 jepun dan lepas tu terus gerak turun....masa mula2 makan ada nampak kedai lawson (mcm 7E).....ada baca dlm blog kata boleh beli tiket disnyeland kat sana...so lepas keluar dari ueno park kami pun masuk lawson....tapi punyelah payahnya nak tny soalan sbb pekerja kat situ tk tau ckp org putih...dia adalah tunjukkan mesin tiket tu tp sbb was2 takut tiket tk valid, kami pun tk jadi beli la.....

lepas tu kami jalan untuk singgah ke ameyoko shopping street tak jauh dari ueno park tu....kedai2 kat situ mcm kat petaling street. byk jugak barang yang murah2 juga harganya dijual kat situ, mcm kasut, handbags dan t shirt.....anak2 sedara minat nk beli wallet so kami pun masuk satu kedai, harga smua dalam 1500 yen.pilihlah apa saje harga semua sama....agak murah tapi byk dari china....patutlah murah....semasa nak memilih2 wallet tiba2 kaki saya cramp....punyelah sakitnya sampai tk boleh gerak....spoil mood nak shopping....dua ibu jari kaki melekat habis....terpaksa bukak sarung kaki dan letakkan kaki atas simen dan slowly renggangkan jari tu...nasib baik dpt renggang....tp bila jln sikit dia melekat lagi.....jadi tk dpt nk beli apa kat sane...nasib anak sedara dapat gak beli apa yg mereka nak.....disebabkan kaki dah cramp terpaksa jalan slow2 untuk terus kan melihat kedai sepanjang street tu....lama2 kaki tu hilang cramp.....then kami masuk ke kedai jual t- shirt...murah juga dalam 1900 yen sehelai...kain agak tebal juga ...t shirt warna hitan dan ada tulisan jepun...yang kelakar tu mereka ada letak senarai translation makna setiap tulisan kat t-shirt....ada mcm2 perkataan ditulis yang memberikan mcm2 makna....
last2 saya beli 5 helai t shirt dan anak sedara beli 4.....tauke kedai bagi diskaun 200 yen untuk setiap t- shirt....

jalan2 lagi jumpa lak kedai turki jual kebab...teringat dalam rancangan rasa halal antarabangsa....inilah kot kedainya...kami pun beli untuk bwk balik...harga dalam 500yen lebih setiap satu...ramai jugak orang jepun  duduk kat bangku2 luar tu makan kebab....taukenya pandai lak ckp melayu sbb mngkn dah ramai orang msia dtg situ...lupa lak nak amek gambar kat kedai tu....ini semua sbb kaki yang cramp tu....hati dah risau takut tk boleh balik so langsung tak ingt nak amek gambar.

akhir sekali dah dekat 3 lebih kami balik semula ke hotel. selepas bayar 67000 lebih yen utk seminggu kami dapat bilik kat hujung front desk...ok jugaklah tak payah naik turun lift...dalam bilik ada dua double decker . tkde almari. bilik air dan toilet kat luar tp dekat saje dgn bilik...so agak ok la....mcm kami je yang ada area tu....selepas kemas2 beg masing2 lepak2 main telefon sbb kat sini wifi free....lepas mandi kami makan malam dgn kebab tu saje.....esok pagi kena bangun jam 3.30 sembahyang subuh.....penat yang amat2....


















No comments:

Post a Comment