Monday, 23 June 2014

as salam....
sambung lagi cerita kat tokyo.....

 3.30 pagi jam dah bunyi untuk bangunkan sembahyang subuh. selepas semua bangun sembahyang subuh, sambung tidur balik sampai jam 7 pagi....kat jepun ni masanya awal satu jam dari m'sia. ingat nak stay sampai pagi tp mata terlalu mengantuk sbb lama lagi kena tunggu jam 7. selepas mandi kami bersiap dengan bag yang berisi periuk, pinggan , cawan dan semua bahan2 yang hendak dimasak hari ini. hari ini merupakan hari pertama kami akan masak kat tingkat 7.....

kat tingkat tujuh ni ada gak bilik2 so kami dilarang membuat bising jika memasak sebelum jam 7.00 pagi dan selepas 10.00 malam. dapurnya agak selesa juga....ada gak beberapa pelancong asing yang masuk ke dapur tp hanya untuk ambil air dalam peti ais atau gunakan microwave....

hari ni kami masak nasi sebab kalau nak jalan jauh tk lah lapar nnti. mcm biasa kalau melancong, mesti ada sambal ikan bilis...ada byk juga bawak ikan sadin, ayam dalam tin dan meggi.

hari ni kami akan ke tokyo skytree. so dari ikebukuro station (stesen echica) kami gunakan line merah ke kasuga, then tukar lagi train ke oedo line turun di kuramae, then tukar lagi naik asakusa line terus ke stesen oshiage. sampai kat sini, kami ikut je orang ramai yang keluar stesen sbb dah ada sign2 skytree tu.....nak ke skytree tu mcm kena masuk dalam bangunan shopping kompleks (dah lupa namanya) dan keluar jalan kaki sehingga nampk skytree tu....cuaca agak panas hari ni....dekat dalam dah ada beratus2 orang beratur untuk beli tiket untuk naik ke tembo deck 350m. kami beratur dalam 60-90 minit, itu adalah jangkamasa yang mereka sudah estimate beratur untuk sape2 nk beli tiket.....sambil2 beratur mereka ada tunjukkan video mcm mana tokyo skytree tu dibina dan ada selingan2 kat skrin di atas dinding...so tak lah boring sgt menunggu lama.

harga tiket dalam 2000 lebih yen utk dewasa dan 1500 lebih yen utk junior. so kami beli 2 adult dan 2 juniors.... bwh 18 tahun mereka kira juniors....dah beratur beli tiket kena lak beratur untuk check beg...mana tau kot ada bwk binatang atau benda merbahaya....kejap je dia periksa....then masuk ke dalam beratur lagi tunggu giliran untuk naik lift....ramai jugak org2 tua yang datang....

 lift naik ke tingkat 350m sgt laju, sekejap je dah sampai.....bila dah sampai mcm biasalah mcm kita naik kat menara KL. pusing2 lah tengok bandar tokyo dari ketinggian 350m....ramai sgt org jepun yang pada pandangan saya sangat bangga dengan skytree ni....mereka melihat mcm mana perubahan berlaku dari dulu sehingga terbina skytree tu....

dari atas, kita boleh tengok mcm mana padatnya tokyo.....sana sini penuh dengan bangunan tp permandangan sangat cantik....ada satu bhg ada gllass floor di mana ada lantai yang dibuat dari kaca dan boleh melihat bwah tokyo skytree tu....ramai juga yang takut nak pijak glass floor tu....tapi sebenarnya mereka sangat bangga dgn adanya glass floor tu....

selepas puas tengak apa yang boleh ditengok kat atas tu kami singgah kat kedai cenderahati utk beli apa2 yang patut sbg kenang2an. then kami turun dan berehat sekejap sambil makan2 kat luar kawasan tu....dalam jam4 ptg kami dah beredar utk balik....takut org jepun balik kerja nnti train penuh.







































No comments:

Post a Comment