Friday, 20 June 2014

as salam....nak sambung cerita semalam

kat airport haneda ni ada pejabat jual tiket JR line dan subways, so kami pun beli utk 3 day rides utk semua.jumlah dalam 6000 yen. jadi boleh gunakan utk naik semua jns subway lines dan JR yang ada tertera dalam kad tu....kira berbaloi juga beli tiket tu utk 3 hari.

kami tidur kat bangku di luar surau tu walaupun dah ada dua orang parking kat situ tp masih ada lagi bangku kosong. surau tu dkt dgn pejabat yang simpan beg , so ada orang sentiasa kat situ. polis airport pun selalu ronda, so tk takut sgt la walaupun tempat tu agak jauh sikit dari bangku2 lain. oh lupa  nk bg tau , nk masuk ke surau tu kena tekan button. bg tau je  "prayer room please" , nnti operator akan buka pintu. suraunya kecik tp selesa.

pagi jam 3:30 kami dah bangun untuk sembahyang subuh sebab 4:30 dah terbit fajar....lepas sembahyang kami turun balik ke tingkat dua untuk lepak balik kat tempat malam tadi .....lama jugak nk tunggu waktu nak gerak keluar dari airport...walaupun masih awal tp hari kat luar dah siang sangat....cuba nak tidur balik tk berapa lena sbb orang pun dah ramai kat airport...anak sedara lelaki dua orang tu sempat mandi kat bilik mandi yang ada kat tingkat dua  tp kena bayar lah....semua dia sediakan termasuk towel, so tk payah bwk keluar towel dr beg besar.

selepas breakfast (beli air kopi dan makan roti yang dibawa) kami pun gerak keluar dari airport. kami akan naik JR lines utk ke ikebukuro, tp kena berhenti di shinagawa dulu baru boleh tukar train. so kami pun gerak naik Keikyu line yg stesen dia dekat je kat dalam airport tu. ada signboard di tulis. just turn right je dh nampk sign tu..tak salahnya kena naik ke tingkat 3. keretapi tak penuh sbb dia stesen awal kat situ....tp lama2 penuh dgn orang jepun yang nak pegi keje....kami tk dpt dengar dgn jelas nama2 stesen2 yang JR tu berhenti sbb pemandu tu ckp jepun dan sgt perlahan....dalam keretapi tkde pulak sign yng menunjukkan setiap stesen atau kami tak perasan...so punyalah susahnya nak tau stesen mana kami dah lalu...anak sedara kata dah terlepas stesen tapi saya kata tunggu je sbb tak boleh nak turun sbb keretapi sgt penuh dan setiap stesen terlalu ramai manusia. kita tunggu je sampai nampak signboard stesen tu....disebabkan kami duduk dalam opposite seats so dah tk nmpk muka masing2...kena pandang kat belakang tingkap tengok nama stesen....tapi alhamdulillah akhirnya saya dapat tengok nama stesen dan minta anak2 sedara cepat2 turun sbb takut keretapi cpt jalan. manusia masih penuh lg dalam train....rupanya jauh juga stesen shinagawa tu dari airpott haneda. nasib baik juga. tapi kalau dah terlepas pun tkde masalah sgt sbb kita boleh turun next station dan patah balik je.

sampai je stesen shinagawa pun , kami amat2 terperanjat tengok manusia punyelah ramainya menderu2 turun train dan mengerjar train ....semua berlari2 nak cepat..kami jadi takut dan tak berani turun ke bawah sbb mesti tk boleh naik keretapi punye sbb manusia terlalu ramai...kat bawah dah berbaris2 manusia beratur...so kami pun tunggu je tengok gelagat orang2 jepun ni pegi keja. lama juga kami tunggu kat tepi lift...adalah dlm 1/2 jam....lepas tu dalam sekelip mata je manusia kat bawah stesen tu boleh hilang dalam keretapi....lepas tu barulah kami boleh turun ke bawah naik train pegi ikebukuro.
 satu pengalaman yang tak pernah kita jumpa kat malaysia di mana manusia berderu2 naik keretapi.....


















No comments:

Post a Comment