pagi tadi masuk ke kelas 5S1 jam 9.30 . hanya ada 6 orang pelajar sahaja yang masuk kelas untuk belajar dan menerima amanat terakhir drp guru mereka....ada seorang orang pelajar ponteng. marah juga dengan pelajar yang ambil biologi sebab lambat keluar ke makmal . sebenarnya kelas ini akan jadi split kelas di mana 7 orang ambil akaun dan baki ambil biologi....yang ambil biologi kena ke makmal. yang ambil akaun tinggal di kelas.....marah mereka sebab kena masuk ke kelas agak lambat sebab hendak membiarkan pelajar2 biologi tu keluar dulu. jika tidak mereka main2 hendak gerak ke makmal dan sure ganggu saya nak mengajar akaun. pagi tadi begitulah berlaku, pelajar bio saje2 keluar lambat...apa lagi naik angin lah saya...kena tunggu mereka terhegeh2 nak kelaur kelas. dah lah seorang budak ponteng, mereka pulak ambil masa untuk gerak keluar kelas. mana tak hangin dibuatnya.
sebenarnya saya ada tempah keychain yang ada tulis nama semua budak yang saya ajar yang akan ambil exam spm. tapi order tu agak lambat sampai, so terpaksa bagi kemudian kat 7 orang pelajar akaun tapi sempat edarkan kepada setiap pelajar tingkatan 5A1.....
jadi aktiviti hari di kelas 5A1 ialah mengagihkan bahan2 untuk peperiksaan then bagi keychain tersebut....seronok betul mereka dapat seorang satu yang siap ada nama masing2....
tengok gambar semua cerita ada di sini...

















































