minggu ni ada mcm2 perkara atau aktiviti berlaku yang berkaitan dengan sekolah....
pada 30/9-2/10/2014 ada bengkel excell spm 2014 anjuran ppd petaling utama.... seramai 30-40 pelajar dipilih oleh guru yang mengajar subjek2 BM, BI, Matematik yang diketagori kan sebagai pelajar galus (gagal lulus) . pelajar ni nak senang cerita ialah yang duduk atas pagar punya. so bengkel ni diharapkan dapat menolak mereka ke kategori lulus (paling minimum). guru pakar dan cemerlang dalam subjek2 tersebut telah dijemput oleh PPD untuk menyampaikan ceramah teknik menjawab soalan .bawah ni adalah gambar2 berkaitan bengkel tersebut.














pada 8/10-9/10/2014 pula diadakan bengkel skor A Berita Harian yang telah ditaja oleh Yayasan Semesta Berdaftar untuk semua pelajar. ada juga pelajar dari sekolah lain yang menjadi anak angkat yayasan tersebut dijemput sama seperti sekolah kami yang menjadi anak angkat yayasan semesta.
subjek yang diajar ialah BM, BI, Sejarah dan matematik...nampaknya mcm subjek ni je yang penting...sekrang kalau nak lulus spm mesti lulus BM dan Sejarah...
bawah ni ialah gambar berkaitan dengan bengkel tersebut.






3 Oktober pula diadakan Hari Doa untuk semua agama di sekolah selepas waktu rehat....





hari ini 10 Oktober kami guru kanan mata pelajaran bersama pengetua pula menghadiri seminar budaya pendidik cemerlang di Sunway University....


penat sungguh rasanya dengan aktiviti yang banyak seawal bulan Oktober ni....ok nnti akan smbung lagi....adios...


No comments:
Post a Comment