Wednesday, 8 January 2014

as salam.....lama tak update....

sesi persekolahan 2014 telah bermula pada 2 januari lepas....hari khamis...hanya dua hari saje bersekolah selepas tu cuti hujung minggu. minggu ni ialah minggu kedua. walaupun baru 5 hari bersekolah tapi rasa mcm dah berbulan sekolah berjalan. penat sbb hampir setiap hari ada saje meeting lepas sekolah...balik selalu lepas jam 3 ptg. hari ni kat sekolah ada latihan dalam perkhidmatan untuk guru. tajuknya perancangan strategik...jam 4.30 baru balik....sabtu ni pun ada ldp lagi...tajuknya KBAT dan I Think.....semua projek KPM.....

tahun ni masih lagi mengajar 16 waktu, 2 kelas perdagangan ting. 4 dan 5 dan dua kelas prinsip perakaunan ting 4 dan 5 juga....tahun ni ambil kelas perdagangan  dan kelas p. perakaunan ting. 4 kelas yang kedua. hanya ada ada dua kelas je perdagangan dan p. perakaunan ting.4. nampak pelajar kedua2 kelas ni mcm bagus je....semua nampak mcm berminat hendak belajar. harap berkekalan selama2 sampai ke tahun hadapan. senang hati cikgunya sikit....

tahun ni byk minta pelajar gunakan fail sbg menggantikan buku...malas nak semak buku budak2 tu, berat...gunakan fail dan kertas lagi senang....buat stail budak U pulak.....lagipun nampak mcm kemas je guna fail.....tgk nnti mcm mana pelajar akn gunakan fail tu.....sebenarnya mereka boleh gunakan selama dua tahun.......pelaburan dua tahun.....sebenarnya mmg dah biasa suruh pelajar gunakan fail....tak semestinya kita kena gunakan buku nota je kan.....sesekali kena ada perubahan lah....yang penting pelajar ada buat nota dan juga latihan....

sesi persekolahan tahun ni dimulakan dengan hari orientasi pelajar baharu ting peralihan dan satu....tahun ni sekolah tukar nama kelas dari azam, bakti, cekap kepada nama ikut nama sekolah iaitu usaha, tekun, azam dan murni.....ini pun dikira perubahan untuk memajukan sekolah...sesekali kena berani tukar kepada sistem baru...kalau selama2 nya mcm tu je...boring ....suka tak suka kena ikutlah ckp pengetua sebab dia boss dan ketua kita.....

ok, jumpa lagi...nnti akan cerita lagi...wasallam