Friday, 11 September 2015

Hari terakhir di seoul: shopping!!!!

Hari ini kami ke nandaemun utk shopping....pasar ini sangat luas kawasannya....kena pandai nak masuk lorong mana dulu....tapi pagi ni kami akan ke bank dahulu untuk menukar RM ke won...selepas tanya kaunter info kami mencari bank yang berada di sana tapi bank yang dicari tidak menerima RM...frust jugak sbb masa 2013 kami ke bank yang sama Woori Bank senang je tukar duit....so kami mencari2 lagi mana2 bank yang ada dan nasib kami baik ada sebuah bank yang menerima RM....masing2 sudah standby menukar RM ke won in case tak cukup duit untuk shopping....

selepas menukar duit kami pun jalan2 melihat mana2 barang yang berkenan di hati...tk tahu mana lorong nak mula sebab ada byk lorong....kami jalan je dan berhenti jika ada yang berkenan di hati...

kat nandaemun ni banyak gerai2 luar dibuka macam kat petaling street je....kat dalam bangunan pun ada kedai mcm kat arked2 di KL tu....pening kepala jugak nak masuk mana kedai sebab banyak sangat.

orang kata kalau pergi seoul tak beli t shirt mmg tak sah...so kami terjumpa la seorang ahjussi ni yang menjual t shirt....semua berminat nak beli tshirt running man. harga agak murah juga....so masing2 belilah dalam dua tiga helai seorang...agak lama juga kat gerai ni sebab nak cari saiz dan corak yang sesuai....tapi semua puas hati la sbb dapat beli apa yang dihajati....selain t shirt kami juga memborong kasut yang kebanyakkannya harga agak murah. sebenarnya byk juga brg yang made in china...sbb itu murah.nak cari made korea agak sukar juga. sedar tak sedar kami terpaksa pergi untuk kali kedua di bank pagi tadi untuk menukar RM lagi....kali ni kami dpt tukaran yang lebih sedikit dari pagi tadi....maknanya jangan tukar duit awal pagi sebab tukarannya rendah....

satu lagi benda yang mmg sangat byk dan suka kami tengok ialah backpack yang dipakai oleh org korea....ada mcm2 corak dan pattern....kat nandaemun ni agak suka mencari corak yang cantik dan murah....adik saya tak jumpa apa yang dihajati seperti apa yang ada di kedai beg di insadong...so selepas balik dari sini kami pergi semula ke insadong untuk membeli backpack lagi....ada satu kedai kat situ yang jual backpack pada harga 10000won untuk semua jenis beg...kami juga ada singgah ke gwangjang market untuk membeli kain cotton korea. kami hanya naik teksi saje ke sana sbb dah dekat dengan hotel. tambang teksi dalam 3000 won je....hanya bagi tau kat driver teksi nak ke sana...mereka akan bawa kita dengan menggunakan meter....

agak malam baru sampai hotel....malam ni kena kemas semua begs sebab esok dah nak balik....punyalah beranak2 beg tu...nasib dah booking van dari hotel untuk ke airport...tambangnya dalam 90000won untuk ke airport....kalau nak naik subway..mmg seksalah jawabnya....

esok kami bertolak ke incheon international airport jam enam pagi sbb flight ke KL jam 9.30 pagi.punyalah ramainya manusia kat airport. agak lama beratur untuk pemeriksaan kastam. kami naik AA dan sampai ke Msia pada pukul 3.30 petang....alhamdulillah...

secara kesimpulannya...melancong ke korea memang tak pernah jemu....masih ada tempat2 lain lagi yang tak sempat dilawati sebenarnya...tak hairanlah ada orang boleh datang berkali2 ke seoul ni untuk melancong sebab memang best....in sha allah kalau ada rezeki akan ke sana lagi untuk melawat tempat2 lain pulak....harap tukaran duit RM dan won tak mahal sangat....jumpa lagi....

tangga ni kami selalu guna dari hotel ke station subway





di gwangjang market

gwangjang market....byk gerai makan kat sini....sempat jugak dia org makan sotong mentah sementara kami pegi shopping kain cotton

kedai jual beg pada harga 10k won.....di insadong