Saturday, 30 August 2014

as salam.....selepas sehari suntuk berada di tokyo disneyland, kami balik untuk ambil keretapi ke ikebukuro...jam pun dah hampir 10 mlm, kami berlari-lari balik ke stesen sbb takut terlepas keretapi akhir....cuaca agak sejuk malam ni tapi masih ramai lagi orang jepun yang datang sbb malam ada pertunjukkan bunga api....mereka semua kebanyakannya dtg naik kereta sbb tempat parking penuh yang yang amat2....

esok nak ke odaiba pulak. nak tengok raksaksa gondam di pulau buatan manusia tu....

pagi ni selepas mandi n makan , kami bertolak ke odaiba dengan naik yamanote line ke stesen shimbashi sebelum tukar ke yurikamone line (line baru) ke odaiba. yurikamone ni line baru. mngkin ini line yang ada utk ke odaiba. sepanjang jalan kami lihat kebanyakn bangunan di sini ala2 bangunan yang ada di USA. tak sangka juga orng jepun nk juga ikut style org US. tapi mmg cantiklah. keretapi akan merentasi laut ke 'pulau' odaiba dan melalui jambatan yang mcm rupa jambatan san francisco di US. jambatan ni ada dua tingkat tak salahnya, atas jln raya bwh keretapi. tempat pertama yang kami pergi dan jumpa ialah statue of liberty!....ada kat jepun. tak ke kelakar tu.....lepas puas bergambar kami berjalan ke fuji tv. ada bayaran di kenakan untuk naik ke deck. ok jugaklah. ada mcm2 kat dalam bangunan ni utk kita tengok

sebenarnya target ke odaiba ini ialah nak tengok patung rasaksa gundam...so kami berjalan ke divercity yang tak jauh dari area2 fuji tv tu utk tengok patung raksaksa tu....dr jauh dah nampak dan punyalah sukanya sbb impian sudah tercapai...selalu tengok dalam cerita return of superman (korean punya cerita)....so dah pasang niat kalau pergi tokyo, mesti ke sini.

waktu kami sampai orang tak ramai lagi so boleh posing lama untuk amek gambar. then masuk sekejap kat kedai souvenir utk beli apa2 yang patut, berehat untuk makan snack dan tiba2 kami lihat patung tu bergerak2 kepalanya...wow, sungguh terkejut dan cepat2 kami videokan.....

pulau ni sangat berangin sbb dekat dgn laut. setelah berpanas berhari2 kat tokyo, berada di sini rasa sangat nyaman dan sejuk.....jalan2 lagi ke sekitarnya, kami jumpa toyota web tempat di pamerkan kereta buatan toyota..best gak.mcm2 kami buat kat sini sbb ada beberapa simulator kereta kat sana.

petang baru kami bergerak balik sbb kalau nak round semua tempat ni kena naik turun keretapi sbb kedudukan tempat yang best2 tu agak jauh antara satu sama lain... apa yang dah diniatkan dr msia sudah tercapai, kira dah bagus...oh ye...tempat ni juga ada diceritakan dalam rancangan rasa halal antarabangsa...so itu sebab nak pergi tu.











































Saturday, 23 August 2014

as salam.....lama sangat nak menyambung cerita ke tokyo dulu....
ok hari ni nak bercerita tentang apa aktiviti kami pada hari seterusnya....tokyo disneyland!

tiket dah beli awal2, so kami pun bertolak agak awal sikit dalam jam 8 bersama-sama dengan org jepun yng nk keluar pergi kerja. so boleh bayangkan mcm mana sibuknya stesen keretapi awal pagi....ingatkan ramai sgt org jepun yg nk ke sana sbb byk baca dlm blog kata susah nk naik train tapi taklah sgt.....hanya dah sampai sana baru nampak orang beratur panjang tapi semuanya dah ada tiket. kaunter tiket pun tak penuh. tapi mmg ada byk barisan utk masuk di sediakan. semua dtg awal pagi sebelum gate dibuka. sbb tu lah jadi beratur panjang.

sebelum masuk, semua beg kena check tp dia hanya nk tgk kalau kita ada bawa binatang atau bahanapi je....mula2 risau juga kot2 makanan yang kami bawa pun akn kena buang tp tkde apa la...semua selamat.mereka pun sporting je check beg.
kita bkn nak pegi meletupkan tempat dia.....

selepas beratur panjang dalam masa setengah jam atau mngkn dah sejam, kami pun masuk...ramai sgt org jepun dtg dgn mcm2 ragam pakaian tk kira budak dan org tua, sama je perangai nak pakai sekurang-kurangnya ada benda atau baju yg melambangkan character disneyland....seronok tgk.....masa dlm train ke sana, kita akan naik train yg byk design mickey mouse tu....dalam hati kata, dah lama aku tgk dlm tv akhirnya sampai juga dan dpt naik keretapi yg ada byk telinga mickey tu....

kami berada sana dari pagi sampai ke jam 9 malam. ada empat parade tp sempat tgk 3 saje. parade mlm yang paling happening.....sebenarnya tkde apa yg menarik sgt kat sini . tk byk outdoor game.yg ada hanya ala2 mickey punya dan lebih kpd utk kanak2 je...kalau tkde parade tu , bosan gak.dahlah bayar mahal....tapi dalam byk2 yang kami masuk , tempat yang paling best ialah yang naik boat masuk dalam gua yang penuh dgn character pirate of carribean!!... ada mcm2 cerita ditunjukkan dengan character patung hidup seolah2 kita pun ada dalam setiap scene ditunjukkan. berbaloi jugaklah masuk kat sini sbb mmg kos yg sgt2 tinggi utk mereka buat benda tu...kita pun rasa tk rugi byr mahal masuk ke disneyland....

cuaca tersangatlah panasnya sbb tk byk sgt pokok dan taman2 hijau. byk jugak org jepun yg pakai topi mickey, donald duck, minnie , dan mcm2 lah lagi dr cerita character disneyland... kami pun apa lagi beli jgaklah sbb rasa susah nk dpt kat masia tu...bila nk pakai , belakang kira.

layan je lah gambar2 yang ada.....