Saturday, 30 August 2014

as salam.....selepas sehari suntuk berada di tokyo disneyland, kami balik untuk ambil keretapi ke ikebukuro...jam pun dah hampir 10 mlm, kami berlari-lari balik ke stesen sbb takut terlepas keretapi akhir....cuaca agak sejuk malam ni tapi masih ramai lagi orang jepun yang datang sbb malam ada pertunjukkan bunga api....mereka semua kebanyakannya dtg naik kereta sbb tempat parking penuh yang yang amat2....

esok nak ke odaiba pulak. nak tengok raksaksa gondam di pulau buatan manusia tu....

pagi ni selepas mandi n makan , kami bertolak ke odaiba dengan naik yamanote line ke stesen shimbashi sebelum tukar ke yurikamone line (line baru) ke odaiba. yurikamone ni line baru. mngkin ini line yang ada utk ke odaiba. sepanjang jalan kami lihat kebanyakn bangunan di sini ala2 bangunan yang ada di USA. tak sangka juga orng jepun nk juga ikut style org US. tapi mmg cantiklah. keretapi akan merentasi laut ke 'pulau' odaiba dan melalui jambatan yang mcm rupa jambatan san francisco di US. jambatan ni ada dua tingkat tak salahnya, atas jln raya bwh keretapi. tempat pertama yang kami pergi dan jumpa ialah statue of liberty!....ada kat jepun. tak ke kelakar tu.....lepas puas bergambar kami berjalan ke fuji tv. ada bayaran di kenakan untuk naik ke deck. ok jugaklah. ada mcm2 kat dalam bangunan ni utk kita tengok

sebenarnya target ke odaiba ini ialah nak tengok patung rasaksa gundam...so kami berjalan ke divercity yang tak jauh dari area2 fuji tv tu utk tengok patung raksaksa tu....dr jauh dah nampak dan punyalah sukanya sbb impian sudah tercapai...selalu tengok dalam cerita return of superman (korean punya cerita)....so dah pasang niat kalau pergi tokyo, mesti ke sini.

waktu kami sampai orang tak ramai lagi so boleh posing lama untuk amek gambar. then masuk sekejap kat kedai souvenir utk beli apa2 yang patut, berehat untuk makan snack dan tiba2 kami lihat patung tu bergerak2 kepalanya...wow, sungguh terkejut dan cepat2 kami videokan.....

pulau ni sangat berangin sbb dekat dgn laut. setelah berpanas berhari2 kat tokyo, berada di sini rasa sangat nyaman dan sejuk.....jalan2 lagi ke sekitarnya, kami jumpa toyota web tempat di pamerkan kereta buatan toyota..best gak.mcm2 kami buat kat sini sbb ada beberapa simulator kereta kat sana.

petang baru kami bergerak balik sbb kalau nak round semua tempat ni kena naik turun keretapi sbb kedudukan tempat yang best2 tu agak jauh antara satu sama lain... apa yang dah diniatkan dr msia sudah tercapai, kira dah bagus...oh ye...tempat ni juga ada diceritakan dalam rancangan rasa halal antarabangsa...so itu sebab nak pergi tu.











































No comments:

Post a Comment