Thursday, 5 July 2012

hari ke 4 di osaka (khamis):

hari ini breakfast makan nasi lauk ikan sardin. bekal yang dibawa ialah roti. bekal ni kadang2 tk habis sbb tkde masa nk mkn semasa berjalan2 . kat osaka kita byk berjalan. tk nmpk lak org jepun ni makan2 sambil lepak2 atau berjalan2. kita pun terikut cara mereka. nak makan sambil2 tu tkde masa sbb semua mcm nk cepat je.

hari ni cadang nak ke Umeda Sky Building-Floating gardens. bangunan ni yang tertinggi di umeda tak salahnya. ketinggiannya ialah 173 meter.
kami menaiki train dri higobashi ke umeda. line biru. station ni punyalah besarnya mcm kat airport je. manusia juga punyalah ramainya. sama besar mcm station Namba.

nak ke sana kami terpaksa bertanya maklumat dari beberapa orang dan akhirnya kami jumpa info tourist center. lepas dapatkan map dan arahan, kami berjalan keluar mencari bangunan itu. akhirnya kami ikut je sekumpulan pelajar tadika bersama guru mereka yang hendak ke sana juga. orang2 jepun ni dari kecik sampai ke tua...semuanya jln laju betul. tertinggal kami kat belakang. kami kena ikut underground passage utk ke sana. agak jauh juga kena berjalan.

menara ini mcm menara KL tapi tak setinggi menara kita lah. kita boleh naik dan keluar ke floating gardennya utk melihat permandangan bandar osaka dari atas.
agak canggih juga bangunan ni. mngkin arkiteknya org arab sbb ada papan tanda tulisan arab di dinding menaiki eskalator. di luar deck kami dpt tgk bangunan tinggi dari atas bangunan ni. selepas hampir setengah jam di sana, kami bergerak turun menaiki eskalator yang sgt tinggi yang dipasang selari antara satu sama lain (utk naik dan turun).....

kami ke bangunan yodobashi umeda yang menjual barang- barang elektrik. bangunan ni ada 9 tingkat.byk brg yg dijual secara skim bayaran ansuran.tkde apa yang kami beli di sini sbb harga brg sgt mahal.lagi pun tk plan nk beli apa2.saje nk masuk tgk apa yg ada dijual di sini.

kami kemudiannya jalan semula ke umeda station utk ke dotombori river cruise. kena turun ke stesen namba. ikut midosuji line (merah). cari punya cari akhirnya jumpalah sungai. rasanya itulah petanda ada river cruise sbb ada sungai. ada bayaran dikenakan tapi tk perlu bayar sbb sdh ada kuponnya. kalau tidak kena bayar 700 yen seorang.ada tour guide yang akan menceritakan tentang bangunan2 yang akan kami lalui sepanjang sungai tu. dia boleh ckp bahasa inggeris .sempat gak tanya kami dari mana dan sikit2 lagi soalan. tapi akhirnya dia kena ckp bahasa jepun kepada pelancong jepun yang lain di atas boat tu...kami hanya melihat bangunan tu tanpa faham sepatah haram apa yang dia ckp....macam2 landmark yang ada di sepanjang sungai tu.....naik cruise ni mcm naik boat je sbb nama saje cruise tp dia hanya jalan pusing sungai kat2 situ je...bkn dia pusing satu osaka.....

giliran kami utk naik ialah pada jam 2 petang sbb masa kami sampai boat tu baru berlepas. sambil tunggu, kami makan bekalan roti yang dibawa tadi.....dari jam 10 kami berjalan, jam 2 petang baru ada masa utk duduk n makan.....

jam 2 ptg kami naik boat....lepas keliling tgk semua bangunan ada byk landmark yang popular( sbb pernah nmpk dalam tv), kami  ronda2 utk shopping. nak cari kedai 100 yen di Bic Camera. kedai tu taklah besar sgt. tapi kami spent 2650 yen utk beli barang2 utk jadikan cenderahati. lepas pergi Bic Camera kami singgah ke shinsaibashi shopping street. tak panjang sgt tp byk brg branded. tkde beli apa2 pun kat sini sbb tkde yang berkenan.

lepas tu kami cdg nk cari lagi kedai 100 yen yang paling besar signboard yang kami pernah nmpk semasa mula2 dtg kat osaka ni. kami pun naik train ke tennoji. cari punya cari tak jumpa sbb kedai tu bkn di train subway tp di luar agaknya. kena naik JR train. akhirnya kami sampai ke plaza 100 yen. nama saje plaza tp kecik betul kedai dia. mcm kedai runcit je.tkde apa yang sesuai dibeli...boring je tp sbb anak sedara dah  pecah2 kakinya sbb jln jauh dan kasut sdh mkn kakinya....dpt lah beli plaster sekotak.
dari tennoji kami cdg nak shopping ke namba semula. jam dah dekat 6 petang. kami berjln2 ikut kaki je akhirnya sampai ke bangunan OCAT (Osaka City Air Terminal)....tiba2 nampak sebuah lagi kedai 100 yen dalamnya. kedainya agak besar juga. banyak barang2 menarik dijual kat sini.kami spent 2150 yen beli barang2 pelik2....tp menarik.balik ke hotel semula dan sampai jam 8 malam. anak sedara ada beli bekalan roti...kat osaka ni byk sungguh kedai yang jual roti atau bakery....sebelum balik kami sempat singgah di Daimura dan beli roti berharga 1650 yen utk 4 ketul roti.
balik ke hotel tersangatlah letihnya....makan malam hanya mee maggie je....







mesin beli tiket keretapi subway...sng je gunanya.....

paling penting utk singgah jika tk tau nk cari jln keluar.....

stesen umeda....besar sungguh














atas deck.....




dua escalator turun dan naik.....









mesti ambek gambar di sini kalau ke osaka.....

stesen untuk tunggu river cruise.......










big camera kat depan tu.....











Monday, 2 July 2012

hari ke 3 di osaka:
hari ni kami makan indomee (mee goreng) utk breakfast. bawa bekal nasi lauk serunding dan ikan bilis dan indomee tadi sikit. kami rancang nak melawat osaka castle, tsutenkaku tower dan tenjimbashisuji shopping street.

sebelum itu kami ke nankai building tourist info center utk membeli two day osaka unlimited pass rides.kami ke stesen namba hari ini utk ke bangunan tu. susah betul nak cari bangunan itu sbb dah tersalah keluar exit dr subway. namba station sangat besar. dlmnya ada shopping store. rasanya ini adalah bandar yang terbesar di osaka. puas menanya beberapa org jepun kat sana tp semua tk boleh bg jawapan dlm bhs inggeris sbb tk tau ckp inggeris. akhirnya ada seorang lelaki yang duduk di tempat letak basikal beritahu letak bangunan tersebut. uuuhh....jauhnya nk jln dr station yng kami keluar. bangunannya agak besar dari tepi jalan. tk salahnya ada tulis takiyama.

selepas beli tiket yang berharga 2700 yen seorang, kami turun dua kali underground utk ke subway tanimachi 9 chome (midosuji line= warna merah). dari sana cari punya cari exit  telah tersesat masuk ke tanimachi 6 chome. tanya station master dia beritahu kena naik train ke subway morinomiya sbb lagi dekat ke osaka castle.nasib tiket train semua tk perlu bayar...kalau tak, mau habis duit byr tambang je....

jauh gak jalan ke sana. sepatutnya ikut tanimachi 4 chome lagi dekat. osaka castle ni ada 8 tingkat. ramai budak2 sekolah buat rombongan lawatan sambil belajar.sebenarnya ia adalah sebuah muzium sahaja. dalamnya ada gambar dan cerita tentang sejarah castle ini. takde apa yang boleh dibaca sbb semuanya dalam bahasa jepun.
sampai ke menaranya, kita boleh tengok bandar osaka. then kami turun ke kedai cenderahati utk beli key chain dan magnet peti sejuk. harga paling murah ialah 200 yen. kami tidak perlu bayar entrance fees sbb sudah dpt diskaun dalam melalui osaka rides yang kami beli tadi. kalau tak, kena bayar 600 yen seorang.

lepas melawat osaka castle kami turun dan berhenti makan tgh di taman luar castle tu. jam 2 ptg kami bertolak ke tsutenkaku tower di subway moninomiya terus ke sakaisuji hommachi then ke ebisucho (tukar dr chuo line ke sakaisuji line).

tower ni di shinsekai. bayaran masuk ialah 600 yen (tp free je sbb ada pass rides kupon). ada menara mcm alor setar tower je tingginya. adalah dlm 200 meter kot. dr atas menara boleh nampak bandar osaka. di sini ada byk patung dewa yang dipanggil "billy ken (god of luck)". ada satu sudut penggambaran bersama patung dewa ni. bising betul org2 jepun tu menyebut billy ken, billy ken. ingatkan apa ke bendanya bising2 tu, rupanya nk bergambar je.tkde benda yng menarik di tower ni...boring je...
masa turun kami tersalah baca arahan so akhirnya terpaksa turun ikut tangga. punyalah penatnya. di kedai cenderahati hanya beli satu key chain je sbb byk jual biskut billy ken tu.....

on the way ke subway station kami singgah di kedai yang jual sweet (ikut map yang diberi masa kat tower tu). ingatkan kedai jual gula2 rupanya jual kuih yang mcm kuih bulan tu. ada mcm2 inti pisang, coklat.nk tanya ingredients semuanya tk tau ckp inggeris. main guna signal je. kami beli satu kotak kuih yang ada isi 6 bungkus kuih yang inti pisang dengan harga 625 yen. lepas tu kami masuk ke dalam shinsekai shopping street tak jauh dari menara tp tkde benda yang menarik utk dibeli. kami hanya beli air mineral berharga 360 yen sebotol besar....sbb nk habiskan duit syilling je...

lepas tu kami jalan2 kat luar jalan besar jumpa kedai buah2an. kami beli pisang 8 biji (pisang montel) 200 yen. pisang ni bagus utk berikan tenaga sbb dah penat jln jauh (turun tangga menara tadi punya pasal). kami terus ke ebisucho station utk ke temjinbashisuji 6 chome station sbb nak the largest shopping street yang jauhnya dlm 2.7km. tempatnya dekat je dgn stesen tu. hanya beberapa meter di sebelah kiri stesen.

mmg patut dipanggil the largest shopping street sbb punyalah panjangnya....penat berjalan sampai ke hujung. kedainya mcm kat petaling street ada tutup bumbung dan kedai di kiri kanan jln. barang2 yang dijual ada mcm2 jenis tapi tkde yang moden. semuanya yang jenis lama terutama pakaian. di sini byk kedai mcm supermarkat dan farmasi. ada byk gak arked judi.. ramai org termasuk org tua main judi guna komputer game. kami hanya singgah kedai jual snacks. ada juga beli sepasang selipar jepun utk dipakai dlm rumah.kat sini tkde tmpt nk berhenti rehat...kena jln je sampai hujung. tk nmpk apa2 tmpt duduk utk berehat....kami tak peduli...cari satu kedai yang ada tangga, kami berhenti mkn apa yang kami beli tadi terutama pisang utk kembalikan balik tenaga yang dh hilang. setelah habis semua kami kena berpatah balik utk cari subway station. 2 kali pusing lah tu. kami balik ikut station minamimimorimachi ke sakaisuji hommachi then ke hommachi. tukar ke yotsubashi line ke higobashi line.

jam 6 baru sampai hotel. masih sempat utk sembahyang. balik hotel semua sudah penat. oleh itu mkn malam  hanya mkn makanan ringan je. sape nk makan maggi, masak sendiri. esok punya rancangan ialah akan pergi shopping area utk beli apa2 yang patut utk dibawa balik ke malaysia. sayonara...to be continued....

depan pintu masuk osaka castle


belakang tu la menaranya,,,,cantik

cantik




atas menara....


di kedai jual cenderahati.....

tgh cap gambar menara atas kertas sbg cenderahati....free je







dalam keretapi subway......

on the way to menara ........




ini la antara patung billy ken the god of luck.....


permandanan dari atas menara......


banyak jual biskut ada gambar billy ken.....

kat sini kami beli kuih mcm kuih bulan tu......kedainya bersih

beli air mineral je kat sini......

inilah dia the  longest shopping street in osaka......2.7km




mesti pergi kalau ke osaka.....


malu nak masukkan muka......