Saturday, 29 August 2015

hari keenam di seoul:
salam....lama betul saya berhenti utk menyambung balik cerita melancong ke korea pada cuti pertengahan tahun lalu....

hari ini kami ke trick museum, hello kitty dan seoul olympic stadium...
kali pertama mencari trick museum pada tahun 2013 kami tersesat. tapi kali ini kami betul2 baca map dan agak senang juga mencarinya. banyak juga perubahan yang dah ada kat sini....byk gambar 3D yag baru dan ada kemasukan ke ice museum sekali lepas masuk ke trick museum....punyalah sejuk nya ice museum tu sbb memang betul2 ice beku....menggeletar semua orang tapi ramai yang seronok masuk....

selepas spent masa dalam 2-3 jam kami pun bergerak untuk cari cafe hello kitty sbb dah dkt sangat dgn area trick museumnya. dgn bantuan map kami akhrnya dapat sampai ke sana. ingt nak bergambar depan pagarnya sahaja tapi bila tengok ramai yang naik tangga ke atas, kami pun naik juga dan masuk dlm cafe tu. hanya kami tak masuk area cafe nya je la.

then kami gerak ke seoul olympic stadium....masa dah sampai kami tak tahu cara nak masuk ke dalam stadium...so kami pusing satu stadium mencari jalan masuk...rupanya kat pintu masuk itu ada kaunter untuk masuk kestadium dan  museum...kena bayar 1000 won sahaja kita boleh masuk ke kawasan stadium dan melawat museumnya...seronok juga berada dalam stadium tu dan tengok pemain2 legenda korean....selepas balik dan sembahyang asar n maghrib kami bercadang utk melawat stream yang popular kat seoul ni pada waktu malam.

 kami jalan ke stream yang sangat popular tu (lupa dah nama dan ejaannya)...kami hanya berjalan kaki saje sbb dah dekat dgn hotel....masa pergi tahun 2013 ada landmark kulit siput tapi malam tu macam tak jumpa...rasa macam dah salah masuk tapi memang dah sampai ke stream tu...mungkin sudah tiada kulit siput gergasi tu lagi...

then kami ingat nak melawat patung raja duduk tu dengan berjalan kaki saje tapi dah lupa mcm mana nak sampai ke sana dari stream tu...akhirnya kami terpaksa naik train juga sbb ada orang korea yang kami minta tunjukkan arah bagi tahu agak jauh jika nak berjalan kaki.

selepas mengambil gambar kami pun ingat nak balik dengan berjalan kaki juga tapi akhirnya sesat setelah berjln agak jauh..akhirnya kami naik semula train dan berhenti di station dongdaemun culture n history park. sambil berjalan balik kami singgah di kedai2 borong yang terpanjang di dongdaemun tu. kedai2 beroperasi 24 jam....tak tau apa yang dicari tapi dilorong yang kami masuk tu banyak jual topi je....ramai peniaga kecil2 membeli barang kat sini untuk dijual di pasar dongdaemun dan nandaemun

agak tengah malam baru kami sampai semula ke hotel...seharian berjalan sangat memenatkan. esok masa shopping. kami akan ke nandaemun pula....