salam....hari ini merupakan hari yang dinantikan oleh kebayakan dari kami sebab nak tengok show gajah...hari ini juga merupakan hari jadi kakak saya yang ke 56 tahun....happy birthday...
pagi ini seperti biasa kami check out hotel jam 8 pagi Msia...tapi hari ini special sikit sebab kami dapat bersarapan di hotel...macam tau je hari ni hari jadi kakak saya...selalu kami makan di luar...kakak saya jarang makan waktu sarapan tapi hari ini beriya betul dia makan...hari jadi dia katanya....hmm..hmm bagi peluang...
selepas bersarapan kami semua gerak ke puncak bukit (lupa nama tempatnya) untuk lihat pattaya bay dari puncak bukit...aktiviti di sini hanya bergambar sahajalah sebab permandangan dari atas ni sangat cantik....
Cuaca hari ini agak panas..selepas siap semua bergambar kami pun bergerak untuk melihat show gajah. tempatnya sangat besar...kami mula masuk bahagian gajah mandi...semua sibuk ambil gambar sebab tak pernah tengok gajah secara dekat...cik mat sibuk suruh semua cepat masuk ke dalam untuk lihat culture show yang sedang berjalan...kami agak lewat masuk untuk lihat culture show itu so ramai yang tidak dapat tempat duduk...seronok juga tengok culture show tu...ada tarian dari Msia juga ditunjukkan selain muay thai...dalam sibuk menonton tu cik mat bagi signal suruh keluar cepat sebelum show habis sebab takut tempat duduk untuk lihat show gajah penuh....
tempat show gajah tu mcm mini stadium...boleh ramai masuk.taklah penuh sangat spt yang cik mat bagi tau..so lepas ambil tempat duduk dan sebelum show bermula ada section untuk bergambar dengan gajah di mana gajah tu akan angkat dan belit kita dengan belalai dia. kakak saya memang teringin betul nak naik gajah tu so dia pun turun tapi punyalah kuatnya jerit bila kena angkat dan belit sampai semua penonton yang ada ketawa...ha...amek kau...nak sangat naik gajah tu...menjerit..nak naik gajah tu bukannya percuma. kena bayar 100 baht...ramainya group kami yang bergambar dengan gajah tu...mereka ada camera man profesional yang mengambil gambar. nanti mana gambar yang dipamerkan di luar kita boleh beli. semua gambar sudah siap masuk dalam frame dengan harga 200 baht satu.
seronok menonton show gajah tu yang membuat pelbagai aksi...main bola, melukis, memijak dan massage orang...selepas satu show gajah2 itu akan dibawa ke tepi tempat duduk penonton. nanti penonton akan bagi gajah itu duit atau pisang...semua diangkat dengan menggunakan belalai dia...kalau pisang terus masuk mulut gajah tu tapi kalau duit terus gajah tu hulur pada tuannya...pandai pulak tu....
tamat show gajah tu semua keluar untuk melawat landscape yang terdapat di sini...tempat yang hendak dilawati itu sangat luas. kita terpaksa naik tramp mengelilingi tempat tu dengan bayaran dikenakan (lupa lak brp baht)...kira berbaloi juga sebab permandangan sangat cantik...
perjalanan seterusnya kami akan ke sempadan kemboja iaitu ke aranphatet untuk shopping di sana. jaraknya sangatlah jauh. so selepas berada di kawasan gajah ni semua gerak masuk van untuk ke hotel di aranphatet dulu sebelum shopping esoknya...
kami ada berhenti di sebuah kedai makan yang ada masjid sebelahnya. kali ni cik mat kata kita makan ikut set yang ada 5-6 jenis lauk. nama kedai itu tak salahnya Amirhalafoods. ada tomyam, ketam masak rempah, kangkung goreng, ikan masak steam dan ayam goreng balut daun pandan. dessertnya ialah buah tembikai dan mangga. sedap juga sebab perut semua pun dah lapar sangat.
kat sini ada wifi yang sangat laju..so kami ambil kesempatan hantar berita kpd keluarga di Msia.
sementara menunggu mereka sediakan semua makanan, kami bersembahyang dahulu.
sebenarnya makan kat sini tiada dalam pakej sebab itu mereka tak sediakan makanan awal2.
ok jugaklah makan kat sini walaupun seorang kena bayar 200 baht. agak petang baru kami bertolak ke sempadan kemboja.
banyak kali juga van berhenti untuk masing2 ke tandas..hari dah malam. rasa macam kena tidur dalam van je sebab dah malam sangat kami belum lagi check in hotel...masuk ke sempadan ini tak sama macam kita masuk ke thailand sebab sini kawasannya agak sunyi...di thailand sebenarnya banyak stesen minyak. tapi bezanya di sempadan ni kawasannya tak semeriah di bangkok..sini sunyi saj dan .ada bau hanyir bila berhenti di stesen2 minyak...macam bau hanyir ikan..rasanya kami bukan berada dekat dengan laut.tandas2 pun berbau dan tidak sebersih tandas2 di bangkok dan tempat2 lain. biasanya tandas di thailand jenis cangkung dan setiap tandas ada mcm mini kolam tempat mereka sediakan air dan mangkuk untuk mencuci. di sempadan ni airnya kurang bersih sangat.
agak lama kami menaiki van dan akhirnya kami sampai ke hotel...bukannya nampak macam hotel tapi mcm motel...baik betul ni...sunyi dan lengang betul kawasan itu...seram pulak bila dengar bunyi anjing menyalak2. dalam hati dah berkata janganlah dapat bilik di hujung...takut...agak lama cik mat berurusan dapatkan kunci dari management sbb dah malam sangat kami nak check in. bilik pulak tak cukup...ada yang kena kongsi dengan geng lain. nasib saya dapat bilik yang depan sekali..bila masuk dalam bilik nampak katil besar dan bilik sangat bersih..yang tak bestnya ialah syiling bilik air dia berlubang yang agak besar...hati dah takut bila tengok atas...mana lah tau kot ada yang melompat turun nnti...ditambah pulak tengok kunci pintu bilik air itu dan pintu belakangnya berkunci jenis selak.lagi takut...tak pernah jumpa motel atau hotel yang ada pintu belakang yang ada kinci jenis selak.
saya bagi tahu kpd salah seorang geng van kami....mcm dalam cerita koboi je tempat ni...cerita koboi dekat sempadan mexico...sunyi dan menakutkan..
bila masuk bilik tu buat2 berani je tapi dalam hati punyalah takutnya sebab satu- bilik semua kat bawah...dua- ada orang luar yang tiggal di bilik sebelah...tiga - jenis kunci selak tu mcm tak selamat je nak duduk...wifi tak dapat sebab bila dapat bilik je semua cepat2 masuk dan tak sempat tanya owner motel tu password wifi dia...nak keluar ke officenya tak tau kat mana...lagipun dah malam sangat...cik mat datang hantar nasi goreng ke semua bilik tapi kami takde selera nak makan sebab dah malam dan penat...
esok cik mat nak bawak kami shopping di sempadan kemboja....tawakkal je lah malam ni...kakak saya dah lama tidur....





















































































