Friday, 5 September 2014

hari terakhir di tokyo:

waktu check out di hotel ialah pd jam 10:00 dan flight pula jam 11:00 malam. so byk masa nk jln2 dulu tapi hari ini cuaca tak berapa baik kerana hujan. selepas kemas dan check out, kami simpan beg di hotel dulu dan keluar berjalan. ingt nk cari kedai 100 yen....jalan2 sana jln sini mencari tak jumpa. hujan semakin lebat pulak. buang masa saja. akhirnya dapat jumpa satu kedai tapi agak jauh juga....last sekali dah jumpa tapi barang tk byk pilihan....disebabkan ada anak murid yg kirim brg2 animae so usaha juga mencari...nasib baik ank sedara sorang tu ternampak satu kedai animae, so dptlah tgk apa brg2 animae tu....ramai juga bdk2 sekolah dan remaja jepun dalam kedai wktu tu....

selepas beli, kami pun bergerak balik ke hotel sbb dah petang, selepas tu naik train ke airport sbb kalau lambat keluar bertembung dengan orang yang nak balik kerja...beg dahlah byk, nnti susah pulak nak naik train. hari masih hujan lagi.

masa dtg dulu dr airport mcm sng je nk keluar tp bila nk masuk balik ke airport lain pulak cara naik trainnya...hampir2 kami terlepas international airport tu....

sampai ke airport kami terus cari loker untuk simpan beg...dulu dah pernah guna loker masa pergi osaka, so tk susahlah kali ni nk guna loker tu. boleh simpan 24 jam....selepas itu kami cuba nk cari kedai makan sbb bdk2 semua dah lapar yang amat2....anak sedara yang besar pergi dapatkan maklumat dr info kaunter....diberitahu ada sebuah kedai makan muslim tapi terletak di domestic terminal...kami kena ambil shuttle bus ke sana. nasib baik tempat tunggu shuttle tu dekat je kat tingkat bawah....tak sampai setengah jam tunggu dah dtg bas...sgt senang nak ke domestik terminal tu rupanya....kedai2 makan terletak di tingkat atas, dengan bantuan map yang diperolehi dr info kaunter tadi ,kami jln cari dan jumpa sebuah kedai turki yang bernama mrs istanbul....masing2 order makanan kesukaan masing2...hanya anak sedara yang kecik tu je yang order kebab sebab katanya dia teringat kebab yang dibeli kat area ueno dulu.....kami bertiga beli nasi filaf dan satu lagi nasi yang dihidangkan dalam mangkuk dan oder satu set grill sea food....orang kata kalau perut dah lapar semua makanan jadi sedap...tapi yang ini memang sedap. harga pun kira ok lah sesuai dgn makanannya.

lepas makan kami gerak semula ke international terminal naik balik shuttle bus....hari masih hujan lagi....malam ni ramai jugak orng msia yang nak balik naik flight sama kami....semua lepak kat area surau sebab sng nak sembahyang.

terminal ini yang dikenali dgn nama TIAT agak besar dan jauh nak ke tempat menunggu. orang terlalu ramai sampai panjang baris untuk beratur.

sampai ke msia dalam jam 5:45 pagi.awal sikit dr masanya....sembahyang subuh dulu sementara menunggu beg keluar(lama betul menunggu beg sbb org ramai sgt) .

secara kesimpulannya berjalan ke tokyo berbeza dengan osaka...di sini tiada free ride mcm kat osaka yang juga ada free admission ke tepat yang kita melawat...sini kita byk berjln tgk bangunan tinggi, naik ke deck tapi semuanya berbayar. harga brg agak sama dgn osaka tapi kalau pandai cari kedai, boleh jugak dpt kedai yang menawarkan brg pada harga yang berpatutan. kalau boleh elak pergi pada bulan jun sbb cuaca sgt panas . mngkin sbb kat tokyo ni tk byk pokok2 hijau. semua bangunan2 tinggi saja.manusia kat sini mmg semua nk cepat saja. penduduk kat tokyo ni agak kurang 'sopan' sikit jika dibandingkan dgn penduduk di osaka tapi semua sgt2 helpfull.

saya amat2 menggalakkan semua yang membaca blog jika ada rezeki, pergilah melawat osaka dan tokyo....banyak yang kita boleh pelajari daripada budaya jepun ni....

sayonara......