banyak perkara berlaku sepanjang musim cuti hujung tahun ini. dua mala petaka melanda dunia atau negara kita malaysia menjadikan suasana sana-sini agak suram.
bercerita tentang cuti, pada 13/12-16/12/2014 lalu saya bersama kakak dan anak lelakinya telah bercuti ke kota kinabalu sabah. kami naik AA dalam jam 10:05 pagi dan sampai dalam jam 1 lebih di KK. sebelum itu anak sedara telah booking kereta sewa jenis myvi. so selepas check out dari airport, kami naik kereta ke hotel iskandar yang terletak di kampung air....nasib ada gps, taklah sesat sangat.
kereta disewa dari mudah.com dengan harga RM330 untuk tiga hari.dapat kereta baru lagi...auto. kira ok lah tu.....dalam tiga hari anak sedara isi minyak dalam RM70 untuk jalan2 sekitar bandar KK dan ke Kundasang.
hotel iskandar tu betul2 dalam bandar.....ada kedai orange yang mcm 7E dan kedai 7E sendiri kat sebelahnya.depan hotel setiap malam ada pasar malam. lepas sembahyang, kami jalan cari kedai makan. tapi sebelum ini jalan2 tengok apa yang ada kat keliling bandar KK tu....adalah jumpa beberapa tempat dan sempatlah singgah( nanti tengok gambar).
kat KK ni kereta kira banyak jugak. sepanjang jalan ada tempat parking tapi sentiasa penuh. nak cari parking kena pusing banyak kali dan kalau dapat pun kena parking agak jauh dari tempat yang kita nak pergi. keadaan jalan ok, tklah jam teruk sangat tapi ada banyak jugak round about yang kecil2.
petang hari pertama, kami makan kat kedai makan nama maimunah....pusing2 cari. ingatkan kedai orang melayu rupanya kedai mamak. punyalah susah nak cari parking. lepas makan, kami jalan cari untuk ke pasar malam sinsuran yang popular tu. rupanya tak jauh dari kedai makan maimunah tu. pasar ni agak besar jugak tapi banyak jual brooch terutama dari mutiara. banyak gerai yang menjual brooch sampai tak tahu yang mana satu nak singgah. tapi nasib dapat satu gerai tu, agak murah juga jual brooch berbanding dengan kedai lain. beza harga gerai ni dengan gerai lain hampir RM5 jugalah. so malam pertama, borong brooch dan butang baju melayu dari mutiara.....
balik hotel dah penat...hotel pun kecik je.cukup sesuai untuk mereka yang nak jimat belanja. oh ya, sewa ini kami dapat dr airasiago sebaik sahaja beli tiket terus keluar pop up di website AA menyenaraikan hotel2 dengan harga 50% off. so utk hotel ni kami hanya bayar dalam RM240 untuk tiga malam. ada satu katil queen dan dua single diberi. TV kecil je takde astro. tapi yang best wifi free dan agak laju juga.
esok akan ke kundasang. pergi balik hari je.tidak bermalam sbb takde nak pergi banyak tempat sangat memandangkan ada tempat2 di sana yang kami tak minat nak pergi. oh ya kat KK ni jam 6 ptg dah gelap. kat sekitar hotel ni, walaupun dah gelap tapi manusia masih ramai sbb malamnya dah awal....
cadangan nak keluar esok ialah nak pada jam 7 pagi.....
jam 7 lebih, kami dah mula gerak ke kundasang. guna gps jalan. best gak tengok permandangan sepanjang jalan. akhirnya dari jauh kami nampak gunung kinabalu. tapi masa nak ke sana, sepanjang jalan penuh dengan kabus. cuaca pun agak sejuk juga. kami singgah kat Kinabalu heritage park, then singgah di dairy farm on the way back, kemudian ke rumah terbalik dan akhir sekali naik jambatan gantung tamparuli.
balik hotel sembahyang then jalan lagi ke pasar malam sinsuran sebelum pergi makan ikan bakar kat tepi laut dekat pasar filifino.
esok cadang nak melawat lima pulau dan shopping barang2 makanan mcm kuih cincin dan keropok amplang sbb selasa kami kena balik jam 10;55 naik kapal terbang. tapi bila pergi kaunter jeti kami diberitahu naik bot RM23 seorang dan akan balik semula jam 5 petang....emmm kalau mcm ni bila kami sampai balik semula, banyak kedai dah tutup. so fikir2 balik, tak jadilah kami pergi sbb banyak masa kat sana je sedangkan barang yang nak dibawak balik belum dibeli lagi...so cancell semua.
lepas cancelled, kami pun masuk kat pasar filifino tapi tak berapa suka sebab kebanyakan menjual barang yang sama. pasarnya pula lantai basah berair, so cancelled lagi sbb banyak kedai jual brooch yang kami dah borong kat pasar malam sinsuran yang lagi murah harganya.
kami singgah kat pasar sebelahnya untuk beli kuih cincin dan amplang serta ikan2 masin sikit.
nasib semua keropok dan kuih dibungkus dalam kotak, so tak perlu nak masuk beg....kami pun dah booking 60kg beg masa balik dari AA., so tak perlu risaulah.
petang kami singgah makan di kedai ikan bakar(tak ingat tempatnya), tapi tak banyak pilihan.
balik hotel singgah lagi pasar malam sinsuran beli tshirt dan pasar malam depan hotel beli tshirt lagi. semua utk bagi kat anak2 sedara dan adik beradik.
balik ke hotel, terus kemas beg sbb esok awal pagi akan bertolak ke airport. takut ada yang tertinggal so kemas awal2. sampai kat airport hantar kereta then terus check in. airport kat terminal AA ini kecik je. agak lama nak check in sbb dah beratur kat kaunter yang lembab betul staff dia buat kerja. geram juga sbb kaunter sebelah laju je jalannya sdngkan yang kami punya sampai satu jam beratur. menyesal lak tak beratur sebelah tu....dah buat self check in pun terhegeh2 staff tu buat kerja...sampai kat gilira kami, mesin print tiket luggage rosak pulak....saje je staff ni....hati tak sabar tgk dia, mmg dari tadi dah menyumpah2 dalam hati .....nasib baik lah dia sopan sikit....kalau tidak mmg bertambah sumpah seranah lagi....buat dosa orang je pagi2 tu.....
sampai kat KLIA2 pintu kapal terbang tak boleh dibuka dari dalam. panic juga. dalam menunggu tu tiba2 keluar asap aircon sepanjang tingkap. lagi lah panic. pintu tk juga boleh dibuka. dalam sepuluh minit macam tu, barulah pintu boleh dibuka.....dalam kita takut mendengar mcm2 yang berlaku kat kapal terbang negara kita, tiba2 berlaku benda mcm ni, membuatkan diri rasa takut nak naik kapal terbang lagi......tapi kena tawakkal lah kalau nak naik jugak kapal terbang sbb ia adalah alat pengangkutan yang paling sesuai untuk ke luar negara......
jumpa lagi...adios n wasallam....















![]() |
kabus tebal di belakang - dairy farm![]() |






