hari ni seperti yang diceritakan semalam, kami ke pejabat imigresen untuk collect passport. terpaksa pergi petang sebab anak sedara bekerja. jam 3 ptg kami bertolak. sampai sana ingatkan boleh collect sekejap je tapi rupanya kena tunggu giliran jugak.
last2 dalam setengah jam jugaklah tunggu baru dapat balik passport baru tu...lega rasanya. hari ni pun mcm semalam ramai jugak org yang renew passport...nombor sampai petang td dah melebihi 400 angka....boleh tahan jugak orang msia ni....ramai yang ada passport antara bangsa....daripada baby sampailah ke warga emas melebihi 60 tahun....ada dua kategori org yang dapat diskaun untuk buat passport...warga emas hanya perlu bayar RM80 je untuk dua tahun tak salahnya...OKU free tak perlu bayar sehingga tempoh 5 tahun, kanak2 bawah 12 tahun tak salahnya hanya bayar RM50 je......
passport sekrang jenis yang yang ada biometrik....tak faham apa maksudnya tapi kalau nk ke jepun mulai julai 2013 pelancong msia tak perlu buat visa lagi jika passport jenis biometrik ni.....lega sikit sbb susah jugak nk buat visa ni....ada mcm2 kena sediakan.dah pernah buat masa pergi osaka dua tahun lepas.....
saya hanya renew utk dua tahun saje. takut nnti kalau buat utk lima tahun, ada perubahan2 susah lak. diberitahu mulai 1 mac 2014, tk perlu amek gambar kat kedai gambar lagi dah sekrang. semua gambar akan diuruskan oleh pihak imigresen. mcm amek gambar untuk buat ic....mcm ni mestilah tambah sesaklah sbb pejabata imigresen ada yag sempit dan jadi crowded. semua kena tunggu giliran.
ok, cukup setakat tu cerita tntg passport ni. esok akan bermula balik sekolah selepas cuti seminggu sempena tahun baru cina. hari khamis ada ldp guru. tajuknya tntg vle frog. balik ptg lah tu.....sabtu ada mesyuarat agung pibg......saya in charge bahagian backdrop dan jamuan. dah siap semuanya dan dah hantar ke sekolah semalam untuk digantung kat tembok sekolah oleh pembantu makmal. harap mereka sudah pasang. jangan esok saya dtg masih tk gantung, mau ada yang nk kena nnti. takut boss bising je....
![]() |
| inilah banner yang akan digunakan semasa mesyuarat agung pibg nnti |
jumpa lagi......
.jpg)