hari ini Isnin kami akan ke asakusa semula untuk mencari t shirt dan barang2 cenderahati lain yang tak disempat dibeli masa pergi ke sana pada hari pertama sampai kat tokyo dulu....tknk jadi mcm tahun lepas, bila pergi ke seoul buat shopping pada hari terakhir byk tempat tak sempat cover...
so kami pun keluar ke echica station naik subway marunaouchi line ke station korakuen, tukar line toei berhenti kat kuramae then tukar lagi ke asakusa line untuk ke station asakusa....hari ni orang tak seramai mcm hari jumaat lepas....so sng sikit nk jln2 dan buat pilihan....byk juga key chin yang dibeli yang kebanykan dalam harga 380yen satu....t shirt pun boleh dikatakan murah jugak....warna hitan berharga 1200 yen....putih dalam 1000 yen....beli untuk semua adik- beradik dan anak sedara....hampir 30000 yen habis kat sini je....
sambil jln2 nak keluar singgah sekejap beli kuih yang tersangat manis dan wangi baunya....mcm kuih bahulu cara masaknya tapi dalam ada inti kcang yang sgt manis.anak sedara yang paling kecil tu yang beriya2 sangat nak makan kuih tu...so kami beli dalam satu beg harga 500yen untuk 14 biji kuih.....
lepas beli apa yang dihajati, kami bergerak ke nippori pulak sebab ada baca dalam blog2 yang kita boleh beli kain cotton jepun kat nippori textile town....so dari stesen asakusa (A18) kami guna subway line giza berhenti kat stesen ueno sebelum tukar train JR yamanote untuk terus ke stesen nippori.....sperti biasa sebelum pergi kena singgah kat info center utk dapatkan maklumat ke sana.
stesen nippori pun agak besar juga....suka sangat town dia sbb mcm rupa cowboy town je.....orang kata kalau nak cari kain murah kena pergi kedai kain nama tomato....masa berjalan mencari kedai tu, hati terasa risau juga kot2 kedai tu tutup sbb baca dalam blog, isnin byk kedai tutup...tapi nasib baik nampak beberapa orang jepun bawak beg plastik ada nama tomato...lega sikit.
dalam blog ada diberitahu nippori textiles town no mcm nilai 3....so rasa excited jugaklah nak pergi...kot boleh dpt cotton jepun murah....tapi tk nmpk mcm kat nilai 3 je.....mungkin kedai byk tutup...tapi sepanjang jalan mmg byk kedai kain yang jual kain agak murah....boleh dapat dlm 100 yen semeter....tapi sbb mmg nk ke kedai tomato tu, jadi tkde la nk beli walapun nmpk byk corak yg menarik.
sampai kat kedai tomato ni, terus cari kain cotton,..mmg byk pilihan lah dan mmg murah sangat...so pilih2 mana yang berkenan dan ambil bagi kat pekedai tu suruh potong. adalah lebih dari 10 kayu kain...semasa orang tu potong kain yang dari kayu yg kedua teringat nak tanya adakah tu kain cotton jepun...terperanjat dengar dia kata tu cotton india....patutlah murah yang amat2....dengar saje kata dia, terus tk jadi beli. sempat beli dua pasang kain je.....rupanya ada satu lagi kedai tomato yang menjual cotton jepun kat sebelahnya saje....
memang banyak pilihan kain cotton jepun kat sini yang kebanykkannya berharga dalam 380- 500 yen semeter. cara orang jepun beli kain ialah mula2 pilih kain yang kita berkenan,kemudian bawak kain tu beratur untuk dipotong di bahagian tengah kedai yang disediakan tempat memotong kain....mula2 tk perasan sbb terus saje bagi kat orang tu tapi sbb dia buat donno je, baru perasan kena beratur ikut giliran potong kain....malu je...nasib orang tak ramai dalam kedai.....tp dpt pengalaman baru kat sini.
kat sini saya beli dalam 5 pasang kain cotton jepun yang mmg berbaloi jugaklah harganya.
agak petang juga baru kami dapat keluar dari nippori ni....so hari ni hanya dua tempat ni saje yang kami sempat pergi....