seminggu lepas, adik perempuan dr kuantan bersama dua anak lelakinya datang bercuti sambil melawat emak saya selama seminggu. hari rabu baru balik, selama dia bercuti di sini, banyak jugaklah kerja yang dia tolong.....masa saya bertugas selama dua hari minggu lepas, dia ada kat rumah so bolehlah tengokkan emak saya. tekanan darah tingginya sudah berkurangan....search kat internet suruh makan cincau tu rupanya dapat membantu menurunkan tekanan darah tingginya....alhamdulillah...sekrang setiap hari saya akan beri emak saya makan cincau. kalau mula dulu dibuat air cincau tu tp minggu kedua saya beri makan cincau yg dicincang halus tanpa campur air. tinggal kena letakkan sikit sirup untuk bagi manis sikit....sedap sebenarnya cincau ni...saya pun dah jadi pelanggan tetap. kalau dulu beli cincau yang bentuk empat segi, sekarang beli yang bentuk tiub. satu tiub boleh mkn seminggu.....murah je cincau ni.beli kat aeon big dalam tiga tiub tk sampai pun rm3....
selepas adik dr kuantan tu balik pada hari rabu, adik dari perlis pulak datang. sambil menyelam minum air , dia datang melawat emak saya sambil menghantar anak perempuan dia interview kerja di petaling jaya. dia hanya duduk selama 3 hari sahaja. sabtu ni akan balik semula ke perlis.
semalam result pmr dikeluarkan. sekolah saya mencapai gred purata kurang 0.2 dr tahun lepas. kira bagus la kalau dapat turunkan gred purata. tapi sekolah hanya dapat dua calon je yg dpt 6A...sbb mereka dpt KH C. sayang jugak. kalau KH dapt A boleh dpt stragiht As....tak taulah mcm mana ramai yang dapat gred C untuk KH (perdagangan n keusahawanan)... mungkin soalan sudah guna KBAT itu soalan berasaskan kemahiran berfikir aras tinggi....soalan objektif pun boleh ada kemahiran tinggi untuk budak pmr je....tk tau la sape yg buat soalan. selalunya mcm tu la. tkde buat practice utk soalan bentuk mcm tu tiba2 tukar format je...yg jadi mangsa budaklah. dengar cerita SPM pun byk yg tukar format soalan tanpa beritahu awal2.....
semalam saya terlibat dengan menagihkan slip peperiksaan wpun saya bkn form teacher...nasiblah pentadbir boleh jd guru tingkatan....patut kalau tk dpt dtg, kenalah cri penggnti supaya urusan mengagihkan slip tu berjln lancar tapi cg yg tk dpt hadir tkde pengganti...tk tau salah sape sampai tk dpt cri guru pengganti wpun dh pesan awal2 kalau result keluar guru ting 3 mesti hadir....ramai jugak pelajat tk dpt slip sbb tk hntar buku spbt....kalau tk hntr buku, mcm mana pelajar ting 3 tahun dpn nk dpt buku....masa org lain hntr buku, pelajar2 ni dh tk dtg sekolah lps pmr....so kena baliklah masing2 angkat buku ke sekolah.....baru kau tahu....lain kali jgn langgar peraturan sekolah....
minggu depan sudah bermulalah mesyuarat, mesyuarat dan mesyuarat.....sekolah dh nk buka...tp tahun ni sek dibuka pd 2 jan tk salahnya hari khamis.....kenapa boleh jd mcm tu....kalau pantai timur mereka hanya 'mengotorkan' baju sehari je sbb jumaat dh cuti....org kementerian tk perasan ke...atau 'akak tk kisahlah'....
ok, akan bercerita lagi di post akan datang...adios...wasallam....
![]() |
| cincau utk kurangkan darah tinggi..... |
![]() |
| pengetua sdg umumkan keputusan keseluruhan pmr 2013 |

