as salam...jumpa lagi...
ingat tak dalam post sebelum ni saya ada masukkan cerita nak bercuti ke kuching sarawak?.....sepatutnya akan ke sana pada 6 dec ni....tp tiba-tiba berlaku emergency kat rumah, so terpaksa cancell semua...
pagi tadi pergi ke pejabat MAS di KL central untuk uruskan cancellation tu......nasib baik MAS boleh claim dan dapat balik refund walaupun dia tolak RM150 seorang.....tkpe lah asalkan dapat balik duit tiket yg sudah dibayar tu....sayang juga tapi apa boleh buat emak saya tak berapa sihat sebab kena tekanan darah tinggi yaang memerlukan bantuan orang menjaganya.
selain dari terpaksa cancell flight, saya juga kena cancell hotel reservation kat harbour view hotel....tapi nasib kurang baik atau mungkin kesilapan sendiri, saya cancell dalam masa kurang dari 3 hari, so mereka sudah charge saya untuk hrga bilik semalam iaitu RM195.....banyak jugaklah 'kerugian' yang ditanggung jika semua kena cancell sebab sudah bayar awal-awal....inilah risiko yang kita kena tanggung jika buat booking on line awal-awal.....
semasa pergi ke MAS tadi, saya dapat nombor 6088 . kena tunggu dalam 20 lagi sebelum nombor saya dipanggil.....tapi walaupun kaunter sangat banyak iaitu lebih dari sepuluh, tapi agak lambat juga mereka entertain pelanggan mereka...rasa macam satu pelanggan hampir setengah jam dia orang uruskan...lama sangat menunggu lebih dari satu jam baru nombor naik....tapi urusan cancellation saya sekejap je tak sampai pun 10 minit....geram jugak.tunggu punya lama untuk urusan yang tk sampai 10 minit......
apa yang seronoknya masa kat pejabat MAS tadi ialah ramai orang melayu yang kebayakannya 'spikang london' nak pegi melancong. rasa-rasa macam berada kat 'obersi' lak. memanglah naik MAS tu mahal sikit tapi kalau dia buat sales, boleh mengalahkan promo airasia tau..... barang pun boleh bwk dlm 30kg free, dapat makan lagi...tak payah nk booking2 mcm air asia......agak kecewa jugalah trpaksa cancell sbb dpt offer bagus ......insyallah kalau ada rezeki di masa hadapan, akan cuba ke kuching semula dengan MAS.....
so, janji nak masukkan gambar kira takde la.....sekrang cuti tak tau nak pegi mana .....anak sedara ajak naik saje erl tu pergi jln2 ke airport klia....kesian dia ...iya2 nak pergi kuching, tp tk dapat pergi sebab masalah emergency tadi.....
No comments:
Post a Comment