hari ke 3 di osaka:
hari ni kami makan indomee (mee goreng) utk breakfast. bawa bekal nasi lauk serunding dan ikan bilis dan indomee tadi sikit. kami rancang nak melawat osaka castle, tsutenkaku tower dan tenjimbashisuji shopping street.
sebelum itu kami ke nankai building tourist info center utk membeli two day osaka unlimited pass rides.kami ke stesen namba hari ini utk ke bangunan tu. susah betul nak cari bangunan itu sbb dah tersalah keluar exit dr subway. namba station sangat besar. dlmnya ada shopping store. rasanya ini adalah bandar yang terbesar di osaka. puas menanya beberapa org jepun kat sana tp semua tk boleh bg jawapan dlm bhs inggeris sbb tk tau ckp inggeris. akhirnya ada seorang lelaki yang duduk di tempat letak basikal beritahu letak bangunan tersebut. uuuhh....jauhnya nk jln dr station yng kami keluar. bangunannya agak besar dari tepi jalan. tk salahnya ada tulis takiyama.
selepas beli tiket yang berharga 2700 yen seorang, kami turun dua kali underground utk ke subway tanimachi 9 chome (midosuji line= warna merah). dari sana cari punya cari exit telah tersesat masuk ke tanimachi 6 chome. tanya station master dia beritahu kena naik train ke subway morinomiya sbb lagi dekat ke osaka castle.nasib tiket train semua tk perlu bayar...kalau tak, mau habis duit byr tambang je....
jauh gak jalan ke sana. sepatutnya ikut tanimachi 4 chome lagi dekat. osaka castle ni ada 8 tingkat. ramai budak2 sekolah buat rombongan lawatan sambil belajar.sebenarnya ia adalah sebuah muzium sahaja. dalamnya ada gambar dan cerita tentang sejarah castle ini. takde apa yang boleh dibaca sbb semuanya dalam bahasa jepun.
sampai ke menaranya, kita boleh tengok bandar osaka. then kami turun ke kedai cenderahati utk beli key chain dan magnet peti sejuk. harga paling murah ialah 200 yen. kami tidak perlu bayar entrance fees sbb sudah dpt diskaun dalam melalui osaka rides yang kami beli tadi. kalau tak, kena bayar 600 yen seorang.
lepas melawat osaka castle kami turun dan berhenti makan tgh di taman luar castle tu. jam 2 ptg kami bertolak ke tsutenkaku tower di subway moninomiya terus ke sakaisuji hommachi then ke ebisucho (tukar dr chuo line ke sakaisuji line).
tower ni di shinsekai. bayaran masuk ialah 600 yen (tp free je sbb ada pass rides kupon). ada menara mcm alor setar tower je tingginya. adalah dlm 200 meter kot. dr atas menara boleh nampak bandar osaka. di sini ada byk patung dewa yang dipanggil "billy ken (god of luck)". ada satu sudut penggambaran bersama patung dewa ni. bising betul org2 jepun tu menyebut billy ken, billy ken. ingatkan apa ke bendanya bising2 tu, rupanya nk bergambar je.tkde benda yng menarik di tower ni...boring je...
masa turun kami tersalah baca arahan so akhirnya terpaksa turun ikut tangga. punyalah penatnya. di kedai cenderahati hanya beli satu key chain je sbb byk jual biskut billy ken tu.....
on the way ke subway station kami singgah di kedai yang jual sweet (ikut map yang diberi masa kat tower tu). ingatkan kedai jual gula2 rupanya jual kuih yang mcm kuih bulan tu. ada mcm2 inti pisang, coklat.nk tanya ingredients semuanya tk tau ckp inggeris. main guna signal je. kami beli satu kotak kuih yang ada isi 6 bungkus kuih yang inti pisang dengan harga 625 yen. lepas tu kami masuk ke dalam shinsekai shopping street tak jauh dari menara tp tkde benda yang menarik utk dibeli. kami hanya beli air mineral berharga 360 yen sebotol besar....sbb nk habiskan duit syilling je...
lepas tu kami jalan2 kat luar jalan besar jumpa kedai buah2an. kami beli pisang 8 biji (pisang montel) 200 yen. pisang ni bagus utk berikan tenaga sbb dah penat jln jauh (turun tangga menara tadi punya pasal). kami terus ke ebisucho station utk ke temjinbashisuji 6 chome station sbb nak the largest shopping street yang jauhnya dlm 2.7km. tempatnya dekat je dgn stesen tu. hanya beberapa meter di sebelah kiri stesen.
mmg patut dipanggil the largest shopping street sbb punyalah panjangnya....penat berjalan sampai ke hujung. kedainya mcm kat petaling street ada tutup bumbung dan kedai di kiri kanan jln. barang2 yang dijual ada mcm2 jenis tapi tkde yang moden. semuanya yang jenis lama terutama pakaian. di sini byk kedai mcm supermarkat dan farmasi. ada byk gak arked judi.. ramai org termasuk org tua main judi guna komputer game. kami hanya singgah kedai jual snacks. ada juga beli sepasang selipar jepun utk dipakai dlm rumah.kat sini tkde tmpt nk berhenti rehat...kena jln je sampai hujung. tk nmpk apa2 tmpt duduk utk berehat....kami tak peduli...cari satu kedai yang ada tangga, kami berhenti mkn apa yang kami beli tadi terutama pisang utk kembalikan balik tenaga yang dh hilang. setelah habis semua kami kena berpatah balik utk cari subway station. 2 kali pusing lah tu. kami balik ikut station minamimimorimachi ke sakaisuji hommachi then ke hommachi. tukar ke yotsubashi line ke higobashi line.
jam 6 baru sampai hotel. masih sempat utk sembahyang. balik hotel semua sudah penat. oleh itu mkn malam hanya mkn makanan ringan je. sape nk makan maggi, masak sendiri. esok punya rancangan ialah akan pergi shopping area utk beli apa2 yang patut utk dibawa balik ke malaysia. sayonara...to be continued....
 |
| depan pintu masuk osaka castle |
 |
| belakang tu la menaranya,,,,cantik |
 |
| cantik |
 |
| atas menara.... |
 |
| di kedai jual cenderahati..... |
 |
| tgh cap gambar menara atas kertas sbg cenderahati....free je |
 |
| dalam keretapi subway...... |
 |
| on the way to menara ........ |
 |
| ini la antara patung billy ken the god of luck..... |
 |
| permandanan dari atas menara...... |
 |
| banyak jual biskut ada gambar billy ken..... |
 |
| kat sini kami beli kuih mcm kuih bulan tu......kedainya bersih |
 |
| beli air mineral je kat sini...... |
 |
| inilah dia the longest shopping street in osaka......2.7km |
 |
| mesti pergi kalau ke osaka..... |
 |
| malu nak masukkan muka...... |
No comments:
Post a Comment