salam...selepas semua sudah bersiap bersembahyang subuh dan kemas semua barang kami pun bergerak menuju ke khanchanaburri untuk bersarapan di sana. tempat makan yang kami pergi ni berada dalam kawasan tarikan pelancong sebab di sini ada jambatan keretapi yang popular dan kedai2 menjual souvenir..
sebelum sampai ke sana cik mat beritahu akan berhenti sekejap melihat war cemeterial. so kami berhenti sekejap untuk mengambil gambar dalam masa dua puluh minit.
selepas bersarapan kami semua bergerak berjln melihat tarikan2 yang ada di sini...byk kedai jual jewelleries...ramai yang berminat membeli. selain dari itu di sini juga banyak kedai dan gerai2 yang menjual t shirt dan souvenir2 lain pada harga yang agak murah jika pandai menawar.
selepas lebih kurang dua setengah jam berada di sini kami pun bergerak ke bangkok. di sini kami menaiki boat yang sangat popular di bangkok sambil shopping di atas boat. seronok betul melihat cara orang thailand terutamanya kaum wanitanya berniaga menjual mcm2 jenis barang di atas boat. laluan boat juga sangat sibuk. selain dari berniaga atas boat mereka juga ada kedai2 di tepi2 sungai. cara nak panggil pelanggan datang ke kedai mereka ialah dengan cara mencangkuk boat..so boat kami telah dicangkuk sebanyak dua kali oleh mereka...seronok juga tengok mereka menarik boat. kalau tidak mungkin tkde boat pelanggan yang akan singgah.
perkara paling penting nak beli barang di sini ialah kena pandai menawar...harga setiap kedai sangat berbeza walapun barangnya sama...kalau mereka beri harga 800 baht melalui kalkulator, kita cuba tekan separuh darinya 400 baht..sebenarnya saya tidak pandai menawar2 ni kadang2 kita rasa mcm dah dapat harga paling murah tapi bila tengok orang lain dapat lagi murah terasa mcm rugi jugak tak tawar kurang lagi.
agak lama juga kami naik boat ini..ada yang ambil kesempatan untuk makan tengahari dahulu sebelum kami bergerak ke bangkok..kali ini kami akan bermalam di Buddy Mansion..Malam nanti cik mat beritahu akan makan steamboat.. so sementara menunggu malam masing2 masuk ke bilik merehatkan badan dan mandi.
agak malam kami sampai semula ke hotel...di sini wifi kena beli bukan free. so saya beli wifi berharga 50 baht untuk satu malam untuk mudahkan hubungi keluarga. esok pagi jam 8 pagi seperti biasa kami akan bergerak ke pattaya pula.

































No comments:
Post a Comment