kami hari ni berjalan ke tokyo metropolitan goverment building....kat sini orang kata boleh melihat gunung fuji dari tingkat 45....so kami mula bertolak menaiki JR Yamanote line dari station echika ikebukuro ke station shinjuku.
station shinjuku ini antara station keretapi terbesar di tokyo. keluar saja dr station dah nampak bangunan tinggi2 kat area ni...kami jalan je sampai nampak mana2 signboard yang tulis nama bangunan tu....lama juga berjalan sambil mencuci mata meliat bangunan tinggi2 sekitar shinjuku....hari ini hari Ahad, so jalan agak lengang dgn kereta dan manusia.mungkin masih pagi (dalam jam 11 pagi).
setelah mendapatkan info dan guide dari beberapa org kat situ, akhirnya kami dapat sampai ke bangunan tu.....very impressed dgn bangunan sekelilingnya....sangat tinggi dan binaan pun agak unik. masuk kat sini free je....so ikut je panduan nak naik lif tp mereka akan periksa bag takut kita bawa bahan api.
sampai kat atas, sudah diberi petunjuk cara nak melihat gunung fuji tapi disebabkan agak jauh dan cuaca agak mendung atau mngkin terlalu panas, kami tk dapat memastikan kedudukan sebenar gunung itu....hanya amek gambar je kot2 dalam gambar boleh nampk....kat sini menaranya taklah besar sgt....tk byk benda yang boleh dilihat...kalau tkde kedai2 jual cenderahati, mngkin agak boring je masuk sini.
selepas spent masa dalam satu jam (mngkin lebih), kami turun semula dan singgah sekejap kat tourist info kat ground floor....tujuannya ialah nak cari kedai yang jual tiket disneyland. kami diberitahu kat kedai tokyu hands ada jual tiket dan kedai disneyland. kedai tu terletak dalam bangunan takashimaya times square...susahnya nak mencari bangunan tu....byk tny org tapi semua bg arahan yg berbeza....dah pusingkan map byk kali tk dapat pasti juga kedudukan bangunan...akhirnya setelah berjalan agak lamanya barulah berjumpa bangunan tu....masa ni dah tengahari , manusia pun dah mula ramai keluar sebab kat sini ada byk shopping kompleks.....macam2 bangunan dan kedai yang menjual mcm2 brg kami lalu sepanjang nk ke bangunan takasimaya tu....
nk ke tokyu hands, kami kena naik eskalaotor ke tingkat 9...kat sini ada kedai jual brg2 keluaran disneyland....ada kaunter jual tiket...kami beli dua dewasa dan dua junior....sambil2 tu ada beli gak sikit brg cenderahati keluaran disney sbb mereka ada bg tau mngkin brg kat situ tkkan jumpa kat disneyland nnti.
lega dah dpt tiket sbb beli kat kedainya sndiri, so tk perlu risau tntg tiket palsu.
lepas shinjuku kami ke hirajuku.(sebutan org jepun hirajeke)....sini kalau hari ahad ialah hari di mana kebanyakan anak muda dan dewasa memakai pakaian yang kononnya agak ganjil....disebabkan terlalu lama mencari kedai bangunan takasimaya, semua dah letih.....keluar je station hirajuku tu, kami jalan je ikut orang jepun keluar......terlalu penat kerana tkde langsung masa boleh berhenti sbb manusia semua jalan ke depan je dan terlalu ramai....keluar je station tu, terus cari kot2 ada bangku kat tepi2 jln, nasib baik ada satu. so kami terus duduk sbb telalu letih....org yang lalu lalang tgk saje kami...munkin saya bertudung, so dia org ingt saya antara yang berpakaian pelik...lantak la....kami pun keluarkan lah apa2 makanan yang dibawa. duduk kenyangkan perut dulu baru bergerak...sebenarnya kat sini ada nama takeshita street...mcm petaling street gak. ada pintu gerbang masuk kat street ni......nk ke sini, sng je keluar je station hirajuku, turn left n jln terus sampai jumpa pintu gerbang tu.....
kami nk cari kedai daiso (1oo yen) yang dikatakan antara yang terbesar kat hirajuku atau pun tokyo....tp brg nya tk mengancam.... mcm kita pegi kedai mydin je....so tkde apa yg dibeli....jalan je terus sampai terjumpa kedai jual crepe...so singgah beli dan mkn kat situ....waktu dah lebih jam enam, so kami pun erak keluar...sepanjang jln penuh dgn manusia duduk kat tepi jln...takut gak tapi buat selamba je....byk gak kedai2 branded kat sni.....
balik hotel dah penat sgt, bdk2 mkn meggi je....











No comments:
Post a Comment