assalamualaikum wbt.....
alhamdulillah semalam saya selamat kembali semula ke msia selepas bercuti ke seoul selama lapan hari.....penerbangan selama 6 jam 20 minit telah dipendekkan menjadi 6 jam sahaja....
post ini akan menceritakan dari hari pertama kami ke seoul.....
kami berangkat ke seoul pada 25 mei 2013 jam 1 pagi (jumaat masuk ke sabtu).....kamai pergi bertiga secara sdn bhd...maknanya tidak melalui mana2 pakej atau tour guide. seperti yg pernah diberitahu dalam post sebelum ini, mmg kami nak ke sana secara sendirian. mula2 agak was2 juga abb pergi dengan dua org perempuan dan seorang anak sedara lelaki beumur 17 tahun....apa yg kami jadikan panduan ialah subway maps dia sbb kami sntiasa bergerak menggunakan subways.
kami mula bertolak dr KL central....tiket bas sdh dibooked awal2 tp ada masalah pulak dkt sana....ada syarikat bas lain warna kuning (bkn warna merah yg biasa) sdh menunggu di situ. bila ditanya mana bas lcct warna merah, driver dan konduktor sana beritahu bas tak mari sbb jln jam kerana jln di brickfield ditutup sempena sambutan hari vesak. mereka suruh kami naik bas itu. bermakna kami kena bayar rm10 lagi seorg utk ke lcct sdgkan kami dah booking dan byr awal2....mereka ni semua berpakat suruh semua org naik bas itu sbb tk lama lps tu..ada sebuah bas merah masuk tp mereka dah contact awal2 driver bas tu supaya terus jln tk perlu ambil kami.....ini mcm dh aniaya org yg dah booking tiket secara on line....mereka kata boleh buat report ke air asia nnti dan claim....geram betul. dah tu siap beriyahu kami itu la bas yg terakhir jln jam 10 mlm. tp kami kena tunggu sampai tu penuh....sakit betul hati. kpd sesiapa yg nk naik bas lcct ni, baik jgn booking la, silap2 kena tipu mcm kami....
jam 11 lbh kami sampai ke lcct dan terus check in....masa timbang bag terlbh pulak dlm 1kg...org kat kaunter tu suruh kami keluarkan mana2 yg patut...apa lagi kami kena bukak balik beg dan keluarkan apa2 yg patut masuk dlm hand luggage......beg sebenarnya byk brg makanan sbb kami tk bercadang nk spend byk utk mkn kat sane.harga makanan sane mahal sgt. dah booking hotel yg ada dapur, so boleh masak sndiri....lps timbang balik, dapatlah kurang 2kg lak.....
malam ni ramai jugak org yg nk ke korea terutama bangsa cina....ada gak yg pegi secara pakej dan on the ground.....
sampai kat korea dalam jam 8.20 pagi....nak cerita tntg cara pihak kasatam dan imigresen kat sane....rasanya semua urusan kat sane sgt senang dan simple....tk perlu nk declare brp byk bwk duit dlm borang immigresen....hny kita nnti kena tekan dua jari telunjuk pada mesin kat immigresen dan tgk kamera...mcm kat bandung tu .....
lepas tu kami claim bag....masa nk tolak keluar tu agak was2 juga.mana lah tau kot2 mereka nk check tp tkde pun.kami ikut laluan undeclared items punye(warna hijau)...so tolak je troli dpn kastam yg duduk dlm kotak ditgh2 tu.....
dah keluar dari kastam area tu, kami pun duduk dulu lepak2 tgk2 apa yg patut dibuat selepas tu....dlm pada tu kami singgah kat 7 eleven dalam airport tu utk beli kad T Money.....anak sedara perempuan yg byr utk kad...dia dah lupa brp yg dia byr....tp tiga kad tu saya top up sebnyak won20000 seorang.
lps singgah di toilet dan amek gambar kami pun terus tolak troli keluar dan terus nampak bus stop utk bas airport....sng je nk cari, dpn mata je.....kami punya bas nombor 6001....so kami tolak je troli ke sign board nya....tk lama lps tu bas pun dtg kami terus masukkan bag di tempat brg di bwh,selepas dpt tiket nombor bags kami pun naik bas. saya dan anak sedara lelaki byr dgn tunai won 14000 sorang tp ank sedara prempuan tu terus swap kad T Money dia....nanti dia kena top up balik la sbb mesti tak cukup utk digunakan selama seminggu nnti....
dalam bas kena pakai tali pinggang....ada suara mcm kita naik lrt tu beritahu setiap stesen yg bas tu akn berhenti.tp sebelum tu kami dah check masa tunggu bas td laluan bas dan bus stop mana kami kena turun, so tak susah sgt nnti,lagipun kami ada beritahu driver nak berhenti kat east gate tower hotel....
pejalanan ke hotel mengambil masa dkt 1 jam....selepas turun, kami tersesat mencari hotel sbb hotelnya tiada signboard. dia dlm bangunan yg sama dgn rumah dan pejabat lain....berpusing sampai 2, 3, kali tempat yg sama tp tk jumpa jugak lorong tu...sekeliling hotel tu byk sign board tulisan russia.kami dah risau apa jenis hotel yg dh dibooking tu. tny org2 korea semuanya tk pndai ckp bhs inggeris.kalau ada yg tahu pun, tp tk tahu arah hotel. akhirnya seorang bangsa rusia nampak kami dan beritahu"follow me"......finally sampai jugak kami......kami pun dibawa oleh pekerja hotel tu ke tingkat 2 jumpa managernya mr hong....selepas byr sebyk won510000 kami diberitahu bilik tk siap until 2 pm...kami diberikan bilik no 411 dan dia beritahu nnti beg akan dihantar ke sana....so kami pun amek keputusan ke itaewon utk makan dulu.....
| kena naik train ke airport utama |
| dah claim bags |
| papan tanda bas... |
| luggage disimpan di bawah bas..... |
| dalam bas airport........ |
jumpa nnti lepas ni di itaewon.....
No comments:
Post a Comment