masih hujan lagi di seoul tp kami buat keputusan ke everland. kalau nak tunggu hujan berhenti mngkin jadi mcm semalam.hujan sampai ke malam. kami siap bawa bekal nasi berlaukkan telur rebus masak rendang (guna perencah rendang brahim= sedap gak) dan tumis ikan sardin. siap buat 3 bekas utk setiap sorang.
kami bertolak dalam jam 9 pagi. mula2 kami naik train subway ke gangnam station. gunakan line 2 (hijau). di gangnam kami tunggu bas nombor 5002. perjalanan ikut highway. adalah dekat sejam jugak. laju saje bas tu jln kat highway sbb ada laluan khas utk bas. hari masih hujan renyai2.
kami main redah saje hujan sbb tkde payung. taambang kami gunakan t money je. brp won dah tak ingat.
sampai ke last station bas, kami kena turun pula naik shuttle bas masuk ke everland.. masa ni hujan turun dgn lebatnya. jarak dr stesen shuttle tu ke pintu masuk everland agak dalam 50m kot. kami berlari2 dlm hujan. kena beli tiket masuk.nasib baik kami dah print utk dptkan diskaunnya . so utk 3 org kami kena bayar won100,000. sampai dlm kami terpaksa beli payung sbb tk boleh redah lagi sbb kws itu sgt besar. mula2 ingt nk beli baju hujan je tp bla fikir balik kot2 esok2 hujan lagi bolehlah gunakan payung tu.
payung ni bila nk masuk2 mana2 tempat kena masukkan dlm plastik. mesin utk plastik ada disediakan utk semua tempat bertutup yang kita nak masuk.
ramai juga budak2 sekolah korea yg dtg ke sini. rombongan bas bukan main byk lagi. rombongan2 ni dpt baju hujan yg disediakan oleh ketua rombongan. so masing2 pakai baju hujan warna putih je semuanya.
byk tempat menarik kat everland ni. kami juga jumpa ramai org mlaysia kat sini. hujan tak berhenti2 turun wpun tak selebat awal tadi. kami berada kat sana dari jam 11- 5 ptg....bila balik kena naik balik shuttle bas ke stesen bas . mcm masa dtg tadi la. dlm shuttle bas jumpa sekumpulan org msia KK dan sempat lah berbual dgn mereka. ingtkan mereka org korea.
masa dtg kami naik bas no 5002, tp masa balik kami tukar bas ke stesen subway sadang sbb tk tau bila bas tu sampai. ingt jln kat highway, rupanya dia ikut jln biasa. so byk jugaklah tempat yg kami lalu spt universiti hankuk of foreign studies....ramai la jumpa bdk2 u kat sane yg naik bas yg sama.....lama jugak bas tu nk masuk bandar seoul...dekat jam 8 mlm, baru sampai stesen sadang. kat sini org yg balik kerja yg nk tunggu bas punyalah ramainya tp yg seronoknya semua beratur panjang.sampai tiga empat baris lorong panjang. masa ni mmg respect betul la dgn dia org. kita tkkn dpt tgk permandangan mcm ni kat msia. biasanya kita berdiri bersepah2 kat bus stop, dan bila bas dtg semua menderu berebut2 naik bas. kat sini saya rsa malu tgk org2 korea ni penuh disiplin tunggu bas.
dari sadang kami ambil line 4 utk ke dongdaemun stesen.....letih seharian berjln. balik dah penat. semua tknk mandi sbb sejuk. sape lapar masak meggi sndiri.
![]() |
gangnam...![]() ![]() |
![]() |
tengah mencuba baju hujan tp akhirnya tk jadi beli...baju tu logo everland. arganya won12000 sama dgn harga payung everland tu...![]() ![]() ![]() |
![]() |
plastik simpan payung disediakan. masukkan saje payung dalam plastik dan tarik keluar.![]() |
![]() |
ada mcm2 dlm ni termasuklah safari world...![]() |

![]() |
berehat makan tgh.........perut tengah lapar sejuk2 ni....makanan yang simple pun jd sodap...![]() |


![]() |
| di rose garden.....
insyallah akan bersambung ke hari ke5 di nami island.....
|














No comments:
Post a Comment