Sunday, 28 June 2015

hari kedua di seoul

hari ini kami akan ke nami island. cadangan ingin ke morning calm garden dan petitie france sekali jika sempat....setelah siap dengan bekal kami pun naik train ke gapyeong station.
sempai di sana ingatkan nak ambil bas sahaja yang kena bayar sekali saje dan boleh gunakan balik untuk ke petite france dan seterusnya ke morning calm garden tapi bas agak lambat so kenalah ambil teksi...kalau dulu teksi yang tak guna meter caj 3000won tapi sekrang dah 4000won pulak....

ramai juga pelancong datang ke nami island hari ini terutamanya pelancong dari China dan indonesia juga agak ramai....banyak jugaklah bergambar terutama di pokok2 yang sangat popular....ada juga tempat kat pulau ini yang saya tak sempat cover masa pergi dulu...so kali ini kena jalan betul2 tambah pula adik ipar lelaki tu jenis suka ambil gambar segala mcm benda yang dia nampak , kenalah duduk lama sikit...

satu hendak beritahu tentang surau kat library tu dah diupgradekan. alhamdulillah.  dah diadakan bilik lelaki dan perempuan. kalau dulu satu tempat saje..dah mcm unisex pulak..susah nak mengambil air sembahyang kerana semua open....surau ini agak selesa. ramai boleh masuk....

sebelum sembahyang kami lunch kat taman yang ada banyak bangku. dulu tak perasan kat sana boleh makan. kami makan bekal yang dibawa kat mana je tempat kosong yang ada..ada group pelancong dari china siap buat jamuan buffet lagi kat taman tu....kami hanya makan nasi biasa je dgn sambal dan sardin yang siap dimasak pagi tu.

selepas sembahyang kami pun gerak keluar naik feri...hendak ke petite kami kena naik bas kat seven eleven.kena jalan kaki agak jauh jugak lah tapi betul2 depan teksi stand...bas akan berjln arah berlawanan dari teksi stand tu...agak lama juga tunggu bas kat situ tapi sebab nak jugak pegi ke petite france, kami tunggu jugaklah...ramai juga korean nk ke sana......perjalanan ke petitie france tu sungguh memeningkan...nak termuntah dalam bas sbb jlnnya menaiki bukit dan berbelit2...saya pada hari kedua dah tak selesa perut sebab malamnya banyak sangat minum air lemonade....so bertambah pening dan loya....lagipun dah lama tk naik bas masa kat malaysia...perjalanan mengambil masa dalam lebih kurang 30 minit untuk naik ke atas ...dari bukit boleh nampak nami island...

tiket bas kena simpan sebab akan digunakan untuk balik. kami tak dapat pergi ke morning calm garden sebab hari dah petang. takut bas takde. di petite france kami banyak bergambar saje...tkde aktiviti sangat melainkan adalah puppet show pada waktu petangnya....

masa balik kami kena naik bas dengan gunakan tiket tadi...hanya tunjukkan kat driver bas saje...untuk balik kami tak ikut balik ikut station gapyeong tapi guna stesen lain- cheongpyeong sbb itu yang paling dekat. sangat letih betul...balik guesthouse dah malam. semua dah penat...siapa lapar. masak sendiri maggie....

























No comments:

Post a Comment