Friday, 3 July 2015

Hari ketiga di KOREA.....Everland!!!!

salam....hari ini kami akan ke everland. sementara cuaca masih baik dan belum hujan kami ambil keputusan pergi ke everland pula selepas ke Nami Island semalam...tahun 2013 kami pergi hari hujan lebat sampai tengahari...so kali ini taknk lagi mengalami suasana macam dulu....banyak benda tak boleh buat sebab banyak tempat maianan ditutup...

pagi ni kami dah siapkan bekal nasi lemak...kami siap bawa daun pandan lagi dari msia sbb dah plan dari rumah lagi nak mkn nasi lemak kat korea....bila semua dah siap kami naik train turun kat gangnam station untuk naik bas 5002 (kalau tak silap)....hari ni orang tak ramai sangat....so senang nak berjalan -jalan.

kat everland ini pelancong asing boleh dapat tiket diskaun...mereka ada sediakan kaunter kat bahagian dalam khas utk pelancong beli tiket....mungkin disebabkan virus MERS kot....maka tak ramai sangat orang datang ke sini terutama orang korea sendiri...diberitahu oleh kawan yang akan datang ke sini dalam berita beritau semua sekolah rendah ditutup...yang ramai nampak ialah pelancong2...

disebabkan tak ramai orang, so banyak jugaklah tempat2 tertentu lewat dibuka...ingat nak singgah tgk cerita pororo (mcm bdk kecik lak nk tgk pororo 3D tu)...tapi mereka tak buka lagi....

kali ni kami banyklah naik cable car ke tempat2 di everland yang sangat besar ni...best jugak.jimat tenaga jln jauh....tempat pertama yang kami pergi ialah zootophia....ingat orng ramailah beratur nak pergi tengok safari, tapi tak pun...tak perlu beratur langsung.kalau dulu tahun 2013, walaupun hujan manusia punyalah ramainya sampai dekat satu jam beratur. kali ni relax je...best sangat tak payah tunggu lama...

kali ni kami banyak main games yang ada kat situ sbb orang tak ramai....puas lah semua orang....agak lewat petang juga kami balik....hari pun dah gelap masa kami balik....tapi saya sangat puas hati sebab semua yang ikut kali ini sangat happy....



































No comments:

Post a Comment