Tuesday, 14 July 2015

Hari keempat di Korea:

hari ini kami ke namsan tower, hanok village, geongbokgong palace dan insadong....

di station chungmuro kami naik bas no 02 utk ke namsan tower.
seperti biasalah kalau naik bukit tu yang tinggi tu punyalah sakitnya kaki walaupun jaraknya taklah jauh sangat. tapi bukit tu memang curam jugaklah....letih yang amat2.banyak kali berhenti ambil nafas. sampai kat atas, rehat2 dulu kat luar untuk lepaskan penat. ramai jugak masian hari ini.

cadangnya nak masuk sekali teddy bear museum tapi rupanya dah tutup...frust semua orang....tak tahu kenapa ditutup tapi rasanya mungkin kos nak maintain museum tu agak tinggi....so kami hanya naik ke tower tu sajalah...sebenanya takde apa2 nak tengok kat atas pun tapi sebab itu tempat yang mesti dilawati bila ke korea so naik jugakla.  pusing2 4, 5 kali kami pun turun....singgap jap kat kedai cenderahati membeli apa yang patut kami pun bergambar2 kat luar yang banyak kunci2 tu....dah tinggalkan dua tahun lepas, nampak mcm dah berkarat2 sangat kunci2 kat situ. puaslah anak sedara perempuan tu bergambar...mcm saya yang dah pernah pegi tak lah beriya2 nk bergambar spt first time pergi dulu.....

selepas puas bergambar kami pun turun bukit untuk naik bas balik ke station chungmuro untuk aktiviti seterusnya... tadi naik sangat la letih dan slow tapi turun punyalah lajunya,kena guna brake kaki ...he.he..he...

sampai kat station chungmuro kami cadang terus ke hanok village...cari2 tak jumpa tapi depan kami ada sekumpulan msian s ang rasanya pun nak ke sana. so kami follow je dari belakang mereka tu. rupanya hanok village (buchanok village) ini ada beberapa tempat..boleh masuk mana2 arah...nasib jumpa org info bergerak.....hari pulak dah hujan gerimis.. nasib kami ada bawa payung sebab pagi tu dah gerimis...
info bergerak bagi tau boleh masuk mana2 je village tu ...so kami pun masuklah mana yang dekat dgn cara ikut rombongan orang china...tumpang mereka sekejap...
cantik2 jugak rumah kat village tu...tempatnya banyak berbukit , sempit dan jalannya agak curam...yang bestnya semua rumah tu ada kereta yang besar2...mcm mana mereka boleh bawak kereta sampai atas dengan jalan yang curam dan sempit....

lepas puas bergambar kami pun turun jln untuk cari geongbokgong palace sbb dah agak dekat dgn jalan keluar yang kami ambil..walaupun kena jln kaki yang agak jauh....tu lah korea...kalau kita salah jalan kena jln jauh..

mula2 kami masuk ke museum folklore tapi kami tak masuk melawat museum tu sbb rasa mcm takde yg menarik dalam.kami hanya lepak2 kat ruang legarnya dan bergambar di luar2 tamannya sahaja..
then kami gerak jalan sampai jumpa satu rombongan dari thailand sdg beratur utk masuk ke geongbokgong palace...rupanya ada jln lain pulak nk masuk palace tu..mcm ikut jln belakang pulak...lepas bayar tiket kami pun gerak masuk ikut je rombongan tu. first time pergi dulu kami tak sempat masuk ke istana ni. hanya bergambar kat luar je...kali ini dapat masuk betul2. rupanya besar jugak areanya....tak larat jugak nak meronda semua tempat..,hanya touch n go je..he..he..he

perkara menarik yang ada kat sini ialah melihat pertukaran guard di luar gate dan memakai pakaian guard secara percuma....orang pun tak ramai sangat hari ini..kami ada banyak masa untuk melawat palace ni. so sempat jugaklah kami tengok pertukaran guard pada jam empat petang.
lepas tamat ceremony tu, kami masuk semula utk mencuba pakaian guard tu secara percuma...pilih je mana pakaian yang kita hendak, nnti mereka akan pakaikan untuk kita dan dibenarkan mengambil gambar selama 15 minit.....so anak sedara dan adik ipar saya mencuba dan berposing kat situ dgn style masing2.

lepas spent masa agak lama kat situ, kami pun gerak ke insadong tempat di mana kita boleh cari cenderahati hati dan barang2 tradisional korea. hanya berjalan kaki je ke sana sebab sudah dekat dgn istana tu.

kat insadong ini ada satu kedai yang akan beri kita diskaun 10% atas semua barang. kedai lain takde...so kami banyak beli keychain utk dihadiahkan kpd anak2 murid nanti.
ada satu lagi kedai yang menjual beg dgn harga 10000won utk semua jenis. banyak jenis bancpack yang bermcm design yang ada. banyak juga kami borong sebab masing2 ada anak dan adik2 yang masih bersekolah. so beli utk mereka.
agak malam juga kami bergerak balik selepas puas shopping dan berlegar di sini.. semua happy sebab dapat beli beg dgn harga yang murah...
dah agak malam kami sampai ke rumah...letih yang amat2...
























































No comments:

Post a Comment