salam...selepas check out dari buddy mansion kami berjalan kaki untuk bersarapan di kedai makan yang tidak jauh dari hotel hari ini kami akan ke bandar bangkok itu sendiri. di sini saya hanya makan pulut manis yang sangat sedap tetapi terlalu manis...
selepas bersarapan kami naik boat terapung untuk menyeberang sungai untuk naik boat panjang pula ke bandar bangkok. untuk naik boat terapung ini kami kena bayar 2 baht saja. seorang wanita akan menggunakan kakinya sahaja menolak kabel supaya boat itu boleh bergerak.ada yang takut naik sebab boat itu bergoyang dipukul oleh arus sungai yang agak kuat juga...di sungai ini terdapat juga boat2 panjang yang digunakan sebagai pengangkutan awam untuk orang2 bangkok pergi kerja. sama mcm kita naik bas tetapi di sini mereka naik boat. so nampak banyaklah boat berulang alik untuk mengambil penumpang.
selepas kami menyeberang sungai itu kami pun bergerak ke setesen boat yang terletak tidak jauh dari tempat kami menyeberang dengan boat terapung tadi..sebenarnya dia bukan rupa boat. nampak mcm pelampung saje yang dibuatkan mcm boat untuk memudahkan orang menyeberang ke seberang sungai.

untuk naik boat panjang ni setiap seorang kena bayar 20 baht. agak lama juga kami menunggu boat yang kosong sebab semua boat yang datang penuh dengan orang bangkok yang nak pergi kerja. seram juga tengok mereka naik boat itu.kena cepat melangkah masuk dan cepat melangkah keluar..dalam hati dah rasa takut nak naik boat ini sebab kalau silap haribulan boleh jatuh dalam air yang dalam tu...bila datang boat yang bahagian tengahnya agak kosong, cik mat pun suruh kami naik..apa lagi berebut2 semua naik sambil memegang tali2 yang ada...orang punyalah ramai.setiap stesen ada sahaja orang yang naik.semua terpaksa berhimpit berdiri sambil memegang tali dengan kuat. tali itu mcm tali plastik yang besar...lama kelamaan saya dah jadi pening dengan keadaan yang berhimpit dan bau2 ketiak manusia yang ada.keadaan dalam boat tu panas sebab orang terlalu ramai. dalam hati kata kalau karam boat ini, jadi sejarah lah kita orang semua..mesti masuk berita di tv msia ni...stesen yang kami nak pergi itu yang terakhir sekali. rasanya mcm dekat setengah jam jugaklah naik boat itu. walaupun sangat laju saya rasa sangat lambat sebab kepala dah pening dan terasa nak muntah...akhirnya memang saya muntah..last2 cik mat suruh pergi berdiri di tepi boat untuk dapatkan angin...muntah dah tersembur keluar....
bila dah berdiri di tepi dan dapat angin yang sangat banyak dan sejuk barulah saya rasa lega sikit walapun masih pening sikit...punya lamanya naik boat tu..sampai di stesen akhir semua orang cepat2 melompat turun dari boat.kakak saya tidak mahir sangat nak turun sampai selipar dia terjatuh dalam air. nasib baik cik mat sempat sambar.kalau tidak jalan kaki ayam lah dia.
disebabkan saya dah termuntah cik mat dengan lawaknya beritahu semua orang yang saya dapat naik boat dengan dapat mabuk free...nasiblah siapa suruh naik boat waktu orangramai pergi kerja.
tapi yang seronoknya ialah melihat orang bangkok pergi kerja naik boat...mereka dah cekap melompat naik dan melompat turun boat setiap hari. konduktor boat nya pun senang saja kutip tambang dengan bergerak di luar boat itu..sungguh kreatif betul...terbayangkan kalau ada perkhidmatan ini kat sungai klang di kl itu agaknya macam mana ya...
kami kemudian bergerak jalan melintasi kota bangkok untuk ke tempat menukar duit sebab ramai dah mula habis duit kerana bershopping sebelum ni. saya terpaksa mencari toilet sebab selain dari pening dan muntah perut saya pun mual dan sakit...kami terpaksa masuk ke McD yang ada di situ sementara orang lain sibuk tukar duit...betul2 mencabar pergi ke kota bangkok ni...
sebenarnya cik mat beritahu dalam pakej tiada acara naik boat terapung dan boat panjang tu tetapi sebab group kami ni 'baik sangat' so dia bawaklah kami naik boat2 tu...
satu lagi yang tiada dalam acara hari ini ialah naik tuk tuk...disebabkan dah sampai ke bangkok mcm tak sah kalau tak naik tuk tuk..so cik mat pun carikan beberapa tuk tuk untuk kami naik pergi ke tempat shopping di bangunan bmw ke ntah apa namanya (lupa sebab tak mencatat). di sini ada banyak deretan kedai yang menjual barang yang murah tapi terlalu luas dan banyak lorong.
pengalaman naik tuk tuk tu memang tak boleh dilupakan. kalau di bandung kita tengok angkutan mereka menciluk sana sini dekat sini tuk tuk 3 roda pulak...dalam kesibukan kota bangkok tu boleh pulak mereka celah sana celah sini bawak dengan lajunya. menjerit2 orang dalamnya.
tuk tuk akhirnya berhenti di hadapan bangunan bmw di mana semua orang akan berjalan sendiri2 untuk shopping dan akan datang semula ke restoran india di sebelah bangunan itu dalam jam 1.00
petang.
so masing2 pun berpecah ikut kumpulan masing2..ada yang tak larat jalan hanya jalan sekejap sahaja dan sebelum jam 1.00 sudah berkumpul semula di restoran tersebut.
Selepas shopping dan makan di bangkok kami pun bergerak ke pattaya.. perjalanan agak jauh dan jalan jam. di pattaya kami sampai agak petang. hotel kami ni dari luar nampak sangat cantik. betul2 dalam kawasan orang bersuka ria pada waktu malam. ramai mat salleh kat pattaya ini. pattaya ni pekannya begitu hidup pada waktu malam dan begitu sunyi pada waktu siang.
malamnya cik mat bawak kami melihat pattaya pada waktu malam sehingga jam 10 malam...ramai pelancong asing dan wanita2 tempatan yang mencari 'partner' waktu2 malam ni...tak larat nak jalan2 group kami awal2 dah surrender duduk menunggu group lain yang masih kuat berjalan meronda pekan pattaya ini.
jam 10 lebih van datang jemput kami semula untuk balik ke hotel...tapi punyalah bisingnya pattaya ni pada waktu malam...tak boleh tidur orang dibuatnya...jam 4.30 pagi barulah semua senyap...memang waktu mlm ialah waktu semua orang mencari hiburan di pattaya ni.
badan dah penat. esok akan ke show gajah...pagi nanti akan breakfast secara buffet di hotel...
to be continued....






































No comments:
Post a Comment