Sunday, 20 December 2015

salam....hari kedua dalam perjalanan ke bangkok

pagi ini jam 8 pagi Msia semua ahli rombongan telah siap berkumpul di lobi hotel...tapi mcm biasalah kalau dah ramai2 mcm ni ada jugak yang lambat turun...beg2 semua telah dibawa turun dan driver van sudah tolong masukkan dalam van masing2.
bila semua sudah sedia kami pun semua bergerak secara konvoi.van kami biasanya berada di belakang sekali. driver van orang satun thailand. tidak pandai sangat cakap melayu..namanya li atau lee, macam tu la lebih kurang bunyinya...




kami singgah di satu kedai makan muslim...kedainya agak bersih tapi servis agak lambat. mungkin ramai yang masuk dan order mcm2..saya hanya makan roti canai dan teh o panas sahaja. kena bayar 120 baht...air teh kat sini memang sangat mahal...saya selalu tengok bila order air teh panas mereka caj 20 baht (dalam RM2)...kakak saya tak makan.





selepas sarapan, kami mulakan perjalanan semula untuk ke bangkok..cik mat beritahu akan berhenti sekejap tengok tasik buatan manusia terbesar di phatalung..so kami berhenti sekejap tapi cuaca hari ini akan mendung dan berhujan...cadangnya nak berhenti selama 20 minit tapi akhirnya dah macam sampai 1 jam sebab menunggu geng lain yang nak shopping di sana pulak...







hari ini boleh dikatakan sepanjang hari hujan sekejap turun sekejap berhenti. selepas berhenti di tasik tu kami pun bergerak untuk makan tengahari di phatalung...di sini ada kedai yang sebahagiannya ada menjual makanan2 ringan untuk dijadikan souvenir dan bekalan dalam perjalanan.. seperti biasa saya dan kakak share nasi goreng dan orang kata tomyam kat sini sedap. so kami order tomyam untuk 3 orang makan sebab ada tiga orang duduk semeja termasuk kami. cikgu normah namanya. dia mengajar di sekolah yang sama dengan saya. yang kelakarnya bila tanya tuan punya restoran ada tomyam seafood tak.. dia kata tkde  tapi ada tomyam campur udang, sotong dan ayam...hmmm mcm bunyi tomyam seafood je...so kami order la tomyam tu.bila datang je tomyam tu..mak tuan banyaknya. mcm 10 orang boleh makan. memang sedap tapi sangat pedas...tak boleh habis..so kami passkan kat meja lain.
lepas makan tengah hari kami bersembahyang di bilik sembahyang yang ada di kedai itu....
lepas sembahyang ramai yang ke kedai sebelah membeli makanan ringan untuk dimakan dalam van nnti sebab kami akan bermalam dalam van hari ini disebabkan perjalanan yan sangat jauh untuk ke bangkok.
dalam perjalanan malam kami singgah di gerai menjual buah2an dan lain2 makanan yang ada di tepi jalanraya...gerai2 yang ada tersangatlah panjangnya...saya dan kakak saya hanya beli ikan kembung masin yang berharga rm8 untuk 4 ekor saiz besar...








masa yang diperuntukkan berhenti di sini hanya 20 minit sahaja tetapi mcm biasalah meleret jadi setengah jam...selepas tu kami meneruskan perjalanan untuk singgah di RnR di khunsarai (Chumphon) untuk sembahyang dalam jam 12 malam. bilik sembahyang yang ada agak besar dan luas, tandasnya banyak dan sangat bersih...selepas sembahyang kami semua menuju ke kawasan menjual makanan yang terletak bertentangan dengan bilik sembahyang ini. walaupun dipanggil bilik tapi saiznya mcm surau yang besar.
di kawasan RnR ini kedai makanan muslim boleh dikenalpasti dengan ada ayat2 al quran dipaparkan di dinding dan tukang masak setiap gerai adalah orang muslim..saya hanya order murtabak sahaja sebab itu sahaja yang lalu dimakan pada jam 12.30 malam ni...kat sini air ais diberikan secara percuma setiap meja sebayak satu jug...dan yang menariknya mereka juga bagi ulaman percuma juga bagi setiap meja...bayangkan tengah malam makan ulam dengan sambal belacan...

di RnR ini kami berhenti agak lama. mungkin dalam 2 jam...lepas itu kami meneruskan perjalanan sehingga berhenti di pithburi untuk sembahyang subuh dan mandi di masjid...sepanjang jalan kami hanya tidur dalam sahaja dalam van..dalam 2 ke 3 jam van akan berhenti untuk rehat dan ke tandas.
selepas sembahyang subuh di sini...dalam jam 7 atau 8 pagi kami sudah mula bergerak ke khanchanaburri....













seterusnya cerita di khanchanaburri....



No comments:

Post a Comment